CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Ladang Maut Dirodok Tombak

20-7-2023 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 485| Komen: 1

Buruh warga asing maut dipercayai ditikam dengan tombak di ladang dekat kawasan Merotai, Tawau, kira-kira 11.30 pagi semalam.

Mangsa, 33, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman pada badan selain satu di kepala.



MAYAT buruh ditemui di kawasan ladang dekat kawasan Merotai, Tawau. FOTO Ihsan Pembaca.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.27 tengah hari.

Katanya, dalam siasatan awal di lokasi kejadian, polis berjaya menemukan sebatang tombak dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.

"Susulan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan di pusat bandar pada 12.30 tengah malam tadi.

"Seorang daripada suspek iaitu lelaki berumur 53 tahun direman tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala tiga yang lain dibebaskan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Menurutnya, pihaknya masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu.

Sementara itu, dalam dua serbuan berasingan, polis berjaya merampas 1058.87 gram(g) syabu dan menahan tiga lelaki serta wanita yang disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah.

Jasmin berkata, kereta jenis Perodua Bezza dirampas, selain sejumlah mata wang asing dianggarkan berjumlah RM2,406.00.

"Kesemua suspek berumur antara 20 hingga 40 tahun itu direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 21-7-2023 12:18 AM
Kes bunuh babit warga asing ni pun makin menjadi2 gak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.033025 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top