CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Kes Ni 3 Biji Kereta Warga Asing Datang Bawa Kayu Hoki, Masuk Kedai Nak Serang Perempuan?

20-7-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1272| Komen: 9

Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita diserang sekumpulan lelaki asing yang membawa beberapa batang kayu hoki di sebuah kedai dipercayai berlaku di Kajang, Selangor.

Menerusi video berdurasi 52 saat yang dikongsikan beberapa pengguna media sosial termasuk akaun Twitter @Malaysia Most Viral hari ini, rakaman itu memaparkan beberapa adegan pergelutan serta kedengaran suara wanita menjerit menghalau kumpulan lelaki tersebut.



Twitter/Kosmo

“Hei kau keluar,kau keluar,” jerit wanita terbabit yang berada di hadapan kedai berkenaan.

Dalam pada itu, kedengaran juga suara orang awam lain yang meminta sekumpulan lelaki asing terbabit segera beredar dan mengugut untuk menghubungi pihak polis.

Kemudian, kesemua mereka akhirnya beredar dari kedai berkenaan dengan menaiki tiga kenderaan secara berasingan.

Video yang tular itu turut mendapat perhatian ramai dan menggesa pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.



Twitter @MALAYSIAVIRALLL

“PDRM (Polis Diraja Malaysia), JIM (Jabatan Imigresen Malaysia), apa lagi? Bertindak segera, dah ada video sebagai bukti, siasat dan tangkap,” tegas @alimuddin.

“Orang asing ini makin hari makin besar kepala, makin gengster, tangkap, hantar balik negara asal, halang terus dari masuk negara Malaysia,” ciap “lulla.

“Inilah bahana bila rakyat asing ramai di Malaysia, lebih banyak ancaman keselamatan dan jenayah terdedah kepada warga tempatan,” kata @dollah65B. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 20-7-2023 05:05 PM
Tok tiong kan men pelancongan..takde ke nk pi hempuk para "pelancong" ni?
Takat bg goodies kat prc tu pe kelas
Quote Radzor 20-7-2023 05:18 PM
Buat undang2 senjatapi mcm usa baru syok. Nak harapmpolis kekadang lambat
Quote noor2 20-7-2023 05:27 PM
Celaka nya warga asing...polis2 Malaysia ni buat apa...kerajaaan lagi haramjadah
Quote Skuau 20-7-2023 07:23 PM
Kehadiran kami warga asing dibumi Msia ini pun...'DENGAN IZIN KJAAN MSIA'....bodoh malezia worang banyak bising
Quote Skuau 20-7-2023 07:24 PM
noor2 replied at 20-7-2023 05:27 PM
Celaka nya warga asing...polis2 Malaysia ni buat apa...kerajaaan lagi haramjadah


depa dh pi tangkap nusi la...
Quote AbukRokok 20-7-2023 07:42 PM
Masalah malaysia sama dgn masalah tamadun barat... Pendatang asing
Quote lattehazelnut 20-7-2023 07:49 PM
Incumming acik2 terpaling hebat komen knp jerit2, knp rekod n xcall polis, knp x cakap tegas yada2..
Quote steven.l 21-7-2023 09:47 AM
Polis perlu tangkap pekerja asing yang bermasaalah. Pandatang tanpa izin dihantar balik ke negara asal dan diharamkan balik ke Malaysia.
Tak payah cakap kerajaan sekarang, negara kita dah berpuluh tahun ada masaalah ini dengan pati. Negara nak maju tapi rakyat tak nak kerja dalam sektor kerja yang berat, kotor dan susah. Kalau gaji tinggi pun tak banyak yang sanggup buat untuk jangka panjang dan perlu bergantung pada orang asing.
Quote KamikuP 21-7-2023 03:07 PM
krustykrab: Tok tiong kan men pelancongan..takde ke nk pi hempuk para "pelancong" ni?Takat bg goodies kat prc tu pe kelas


Ada org btau dlm goodies yg bagi kat prc tu dlm tu ada IC hahahakohkohkoh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035549 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top