Seorang ibu tekad menjual bayinya yang baru 14 hari dilahirkan dengan harga 30 juta rupiah (RM9,083) bagi melangsaikan hutangnya. Wanita itu yang dikenali sebagai HI, 29, memaklumkan, dia mahu menjual bayinya kepada seorang wanita di sebuah hotel di Semarang, Jawa Tengah.
HI memaklumkan, dia membuat hantaran dalam media sosial mengenai hasratnya untuk menjual bayinya dan hantaran itu dilihat oleh wanita berkenaan. Selepas itu, mereka bersetuju untuk berjumpa dan wanita itu mahu mengambil bayi HI. “Saya serahkan bayi saya kepada wanita itu dan pulang semula ke Bekasi. “Empat hari selepas itu, saya mula rasa menyesal dan mahu pulangkan semula duitnya dan mengambil balik bayi saya. “Namun, wanita itu sekat saya dari Whatsapp dan Facebooknya,” jelas HI.
HI memaklumkan, suaminya tahu dia berhutang, namun tidak mengetahui dia menjual anak keempat mereka. Selepas mengetahui isterinya menjual anak mereka, suami HI segera datang ke balai polis untuk membuat laporan. Dalam pada itu, polis Semarang memaklumkan, wanita yang membeli bayi HI ditahan di rumahnya beberapa hari kemudian. “Wanita itu memberitahu, dia tiada niat mahu putuskan hubungan bayi itu dengan ibu kandungnya. “Dia beritahu, dia sudah lama berkahwin dan belum ada anak, lalu ternampak hantaran yang dibuat HI dan terus menghubunginya,” kata jurucakap polis, Wiwit Ari Wibisono. Sementara itu, bayi berkenaan diserahkan semula kepada ibu kandungnya kerana masih menyusu badan. Sumber: Utusan
|
prince_marhaen replied at 21-7-2023 09:49 AM
macam bangang, sendiri jual, sendiri report polis... pastu berhutang lagi, beranak lagi... mudah hid ...
ADVERTISEMENT