CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebulan Murah Je- 21,000 Penyewa Tetap Gagal Bayar Sewa PPR, Buat 'Bodoh' Duduk Free

20-7-2023 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2954| Komen: 64

Kuala Lumpur:Tunggakan terkumpul kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika ini mencecah RM29.8 juta gara-gara penyewa culas membayar sewa bulanan rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) yang didiami.


Tunggakan itu membabitkan 21,000 penyewa daripada jumlah keseluruhan 40,000 penyewa yang masih mendiami PPR dan PA.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL Ismadi Sakirin berkata kepada Harian Metro, "Ada penyewa yang berkemampuan tetapi dengan sengaja culas untuk membayar sewa.

Foto: Harian Metro

"Sikap mereka yang suka menangguh bayaran sewa bulanan turut menyebabkan tunggakan sewa semakin meningkat walaupun pelbagai saluran bayaran sudah disediakan.

Ismadi berkata, terdapat dalam kalangan penyewa yang mempunyai tunggakan sehingga mencecah RM23,808 dengan tempoh tunggakan selama 16 tahun.

Menurutnya, DBKL sentiasa berusaha memburu penyewa yang mempunyai tunggakan tinggi ini agar mereka dapat menjelaskan bayaran.


"Bagaimanapun, semakan mendapati tidak wujud kes penyewa PPR dan PA yang sejak memperolehi rumah DBKL tidak membayar bayaran sewa sehingga kini," katanya.

Ismadi berkata, bagi menangani permasalahan ini, DBKL mewujudkan Pelan Tindakan Pemulihan Hasil yang mengandungi pelbagai inisiatif dan usaha bagi memastikan tunggakan sewa dapat diurus dengan cekap dan berkesan terhadap penyewa yang bermasalah.

Katanya, melalui pelan itu, DBKL memberi peluang kepada penyewa untuk membayar sewa dan menjelaskan tunggakan mereka.

Beliau berkata, terdapat lapan inisiatif dan usaha yang dilaksanakan meliputi pengeluaran Notis Tunggakan secara berkala, pemakluman dan peringatan tanggungawab membayar sewa melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, mengadakan sesi bersemuka dan lawatan bersama pengarah ke unit-unit mempunyai tunggakan.

"Mengadakan Kempen Bayar Sewa dengan pemberian baucar tunai, membuka kaunter-kaunter bergerak di kawasan PPR dan PA yang tiada kaunter statik terutama di kawasan yang ramai penyewa warga emas dan menubuhkan pasukan task force dianggotai oleh persatuan penduduk bagi mengutip tunggakan sewa.

"Selain itu, melaksanakan Operasi Tindakan Memotong Bekalan Air terhadap unit-unit penyewa yang mempunyai tunggakan tinggi dan tindakan undang-undang," katanya.

Menurutnya, DBKL turut menyediakan pelbagai medium bayaran selain di kaunter bagi memudahkan urusan penyewa membuat bayaran.

"Penyewa boleh membuat bayaran secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu hadir ke kaunter bayaran. Kaedah dalam talian ini adalah lebih pantas, mudah dan selamat," katanya.

Dalam pada itu katanya, di samping sikap penyewa, faktor masalah kewangan juga menyebabkan penyewa tidak berkemampuan untuk membayar sewa bulanan walaupun kadar yang dikenakan sangat rendah.

Beliau berkata, masalah kewangan ini adalah membabitkan golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Namun begitu, bagi golongan penyewa yang tidak berkemampuan ini, DBKL menyediakan kemudahan kaedah bayaran ansuran sewa secara berjadual bagi membantu meringankan kekangan kewangan mereka.

"DBKL melalui sesi lawatan ke unit-unit bertunggakan turut mengedarkan borang bantuan Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada ketua-ketua penyewa," katanya.

Sementara itu, Ismadi berkata, inisiatif dan usaha DBKL dalam menangani isu tunggakan sewa tidak akan berkesan sekiranya tidak mendapat kerjasama yang baik daripada penyewa.

Beliau turut menasihatkan penyewa agar mempunyai sikap bertanggungjawab dalam membuat bayaran sewa bulanan secara konsisten.

"(Ia) bagi mengelakkan bayaran sewa tertunggak yang akhirnya akan membebankan mereka dan berisiko dikenakan tindakan penguatkuasaan, malah akan kehilangan unit sewa yang diduduki," katanya.

Sehubungan itu katanya, penyewa perlu menghargai peluang diberikan oleh DBKL dengan membayar sewa bulanan dan menjelaskan tunggakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang bakal dihadapi.

"Kadar sewa yang dikenakan oleh DBKL adalah sangat rendah. DBKL ingin mengingatkan

Kadar sewa yang dikenakan oleh DBKL adalah sangat rendah. DBKL ingin mengingatkan bahawa pembayaran sewa yang konsisten akan membolehkan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan PPR dan PA dapat dilaksanakan dengan lancar, seterusnya penghuni dapat hidup dalam keadaan selesa, selamat dan sejahtera," katanya.


'Kutip pun salah, tak kutip pun salah'

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disifatkan mempunyai dilema bagi mengutip setiap tunggakan sewa rumah projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) di ibu kota.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Baru Air Panas Mohamad Faidzal Ibrahim berkata, ii disebabkan bayaran sewa kira-kira RM124 sebulan itu tidak dibayar oleh sebilangan PPR dan PA menyebabkan ia tertunggak sehingga mencecah jutaan ringgit.

"Saya pergi mesyuarat pada tahun lalu bersama DBKL memang tinggi (tunggakan sewa rumah PPR dan PA).

"Ada yang cecah RM3 juta, ada yang RM2 juta dan macam PPR Kampung Baru Air Panas sendiri (tunggakan sewa rumah) lebih RM1 juta," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, DBKL menghadapi dilema disebabkan sebelum ini ada dalam kalangan penduduk PPR tinggal di kawasan setinggan dan tidak membayar sewa bulanan tetapi apabila berpindah, mereka dikehendaki membayarnya.

"(Sebelum ini) dia tinggal di kawasan setinggan tidak pernah bayar (sewa bulanan). Jadi bila dia pindah ke PPR, dia kena bayar. (Tapi tetap dia) tak bayar dan tunggakan itu semakin lama semakin banyak," katanya.

Beliau berkata, antara sebab lain mereka tidak membayar sewa rumah adalah rata-rata yang sudah berusia dan tidak mempunyai pekerjaan serta sekiranya tindakan penguatkuasaan diambil, mereka tidak mempunyai tempat tinggal selepas itu.

"Kita nampak penduduk kebanyakannya warga emas tiada pendapatan dan ada yang duduk berdua sahaja, anak tidak membantu.

"Bila kita turun padang, memang pihak DBKL maklum, mereka ini ada tunggakan yang agak tinggi. Tapi kalau penguatkuasaan dilakukan, ke mana mereka nak pergi?

"Saya pernah pergi di Blok D (PPR Kampung Baru Air Panas), ada penyewa tertunggak RM11,000," katanya.

Menurutnya, penyewa yang sudah berusia itu tinggal berdua bersama isterinya, manakala anaknya tidak membantu sebagai contoh membayar sewa bulanan rumah.

"Ia antara satu masalah dalam institusi keluarga kita. Kita boleh nampak di mana institusi kekeluargaan itu renggang. Anak keluar dari rumah tak tolong ibu bapa.

"Sepatutnya anak yang sudah meningkat dewasa dan mulakan kerja, dia bantu ibu bapanya seperti menolong membayar sewa rumah. (Ini) ada yang datang jumpa saya kata anak tak bantu..itu keadaannya," katanya.

Mohamad Faidzal turut mencadangkan agar DBKL membuat kajian menyeluruh kepada semua unit PPR dan PA tertunggak yang ada di Kuala Lumpur.

"Kalau ikutkan apabila perkara seperti ini berlanjutan bertahun-tahun, adalah satu kerugian kepada DBKL dan kerajaan disebabkan kena tanggung dari segi penyelenggaraan seperti pembersihan dan sekiranya lif rosak," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 20-7-2023 03:54 PM
Ramai PPRT misekin tak sedar diri dapat rumah murah, malas kerja, gi sewakan pulak kat orang lain, mark up harga, lepas tu makan sendiri tak bayar sewa kat DBKL.... its a fact, ramai buat macam ni. Duduk PPRT tu bukan semuanya orang yang layak dapat, mostly students, foreigners, dan orang yang buat port lepak2 after kerja..or skandal. Yang pemilik asal PPRT tu gi duk merempat lg kat setinggan2 lain...
Quote sayurmayur88 20-7-2023 03:58 PM
nak komen tapi nanti ada yg cakap " tak rasa apa golongan susah rasa ", so iolls tgu je komen2 yg meluahkan perasaan iolls trhadap isu ini
Quote ifanonline 20-7-2023 03:59 PM
DBKL tak boleh halau ka?
Quote ifanonline 20-7-2023 04:01 PM
inilah sebabnya mengapa Tun Mahathir dok repeating melayu malas, melayu malas...melayu bodoh, melayu bodoh...

sewa PPR pun culas bayar, kerajaan bagi melayu duduk rumah free

benar kata mahathir "Melayu mudah lupa"
Quote prettyuglybabe 20-7-2023 04:08 PM
sapa suruh tak tegas..
nak bagi rumah pun pakai kroni kan..
selayaknya la..
Quote LadyCarefree 20-7-2023 04:12 PM
ifanonline replied at 20-7-2023 02:59 PM
DBKL tak boleh halau ka?

Tu lah. 3 bulan xbayar patut sita je. Pedulikan ada baby ke ada org tua ke apa.
Quote Tiggybiru 20-7-2023 04:18 PM
Ok jadi apa undang2 yang boleh digunakan dalam kes ni [em:24:]
Quote ifanonline 20-7-2023 04:20 PM
LadyCarefree replied at 20-7-2023 04:12 PM
Tu lah. 3 bulan xbayar patut sita je. Pedulikan ada baby ke ada org tua ke apa.

DBKL tak tegas, ada undang2 yg membolehkan DBKL menyita premis...

kalau tak halau, duit cukai rakyat akan menanggung kelangsungan hidup mereka...lebih baik mereka meninggal aje dr menyusahkan org
Quote TabletSusu 20-7-2023 04:37 PM
ifanonline replied at 20-7-2023 08:20 AM
DBKL tak tegas, ada undang2 yg membolehkan DBKL menyita premis...

kalau tak halau, duit cukai rak ...

wlupon ayat menyakitkan.. tp betul kata ipan. saya setuju
Quote Perawankota 20-7-2023 04:38 PM
Sepatutnya dbkl dah bertindak awal2.. bkn tunggu dah berbelas2 ribu baru nk bising.. dah lah kroni pon apply sekejap terus dpt.. Kat luar sana ramai lagi org yg menunggu nk dpt umah ppr..
Quote Zeatyisaac 20-7-2023 04:39 PM
Potong air dan electric.
Quote snowflakes 20-7-2023 04:46 PM
Kalau dbkl sita ke halau ke semboyan bunyi tak? Melayu kan?
Quote dekmieDandy 20-7-2023 04:47 PM
pastu sibuk nak complain lif rosak la, sampah tak kutip la
Quote gekkou 20-7-2023 05:13 PM
satu rumah sampai 2 3 biji kereta
daripada mak bapak ke anak ke cucu
elok saja pergi shopping every week
holiday sana sini
ini soal sengaja

ko yang tak tegas
menyampah
Quote totokreturn. 20-7-2023 05:18 PM
dalam MADANI, huruf last sekali tu adalah Ihsan

so kena la bagi ihsan sikit
Quote pekanwoohoo 20-7-2023 05:39 PM
Dah ada kuasa tu kalau takut jadi penguatkuasa, baik tak payah pegang kuasa. Itu semua adalah amanah. Pasal diorang takde tempat tinggal ke apa ke, itu biarlah agensi kerajaan yang lain uruskan.

Entah apa-apa lah diorang ni, nak guna budi bicara pun beragaklah. Dah sampai juta-juta tunggakan pun nak kesian lagi.
Quote iolss 20-7-2023 06:27 PM
Edited by iolss at 20-7-2023 06:28 PM

ni yg org kata minda pprt... asal buruk je sbt dasar pprt...
ni la sbbnya
hidup dibantu, tp x dihargai.
bg murah, x dibayar. plg best g sewakan, dpt sewa pastu bkn byr dbkl blk. joli.. mn berkatnya hidup..
itu psl org yg minda cani, hidup xde keberkatan, mmg gitu je hdp depa, dr mak bapak ke anak2.. xde anjakan paradigma. sesuai lg altimet tu dgn diorg.. amboii amboii sekiannn

Quote TomyamPuteh 20-7-2023 09:30 PM
Kawan aku beli flat Hong Kong tingkat 4 350k mengadap Flat Sri Sabah. Itu la yg plg murah. View PPR pun PPR la kata dia
Quote schabella 20-7-2023 09:41 PM
Bsepah la yg xreti nk bayar sewa btahun2. Hujung2 gigih pergi baitulmal mintak baitulmal bayarkn tak pun mintak wakil rakyat bayarkan. Padahal anak2 sihat + bkerja pun susah nk bayar sewa yg murah ni.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.135504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top