CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Pelajar Menang Saman 'Guru Ponteng', Dapat Ganti Rugi RM50,000 Setiap Seorang

20-7-2023 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 650| Komen: 4

Tiga bekas pelajar menang saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka yang 'ponteng' kelas selama tujuh bulan pada 2017.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim selepas mendapati plaintif iaitu tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi, Kota Belud, Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, kesemuanya 22 tahun berjaya membuktikan kes mereka berdasarkan imbangan kebarangkalian.


Ketiga-tiga plaintif menamakan Mohd Jainal Jamran (guru Bahasa Inggeris di SMK Taun Gusi), mantan pengetua sekolah itu, Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke tujuh.


Tiga bekas pelajar bersama peguam mereka Sherzali Herza Asli (kanan). FOTO Ihsan Tiada.

Dalam keputusan setebal 74 muka surat melalui dokumen yang diperoleh media hari ini, mahkamah memutuskan tuntutan semua plaintif dibenarkan.


"Defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima telah melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan gagal menyediakan ketiga-tiga plaintif untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996;

"Defendan kedua melanggar kewajipannya di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

"Lima defendan tersebut sudah melanggar hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Oleh itu katanya, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan.

"Defendan perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM20,000 kepada setiap plaintif," katanya.

Dalam penghakimannya, Hakim Leonard antara lain memutuskan semua defendan telah melanggar hak perlembagaan plaintif di bawah Perkara 5 yang dibacakan bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

"Mahkamah mendapati bahawa adalah hak perlembagaan pendidikan plaintif untuk diberikan guru yang menghadiri kelas untuk mengajar dan menyediakan mereka (plaintif) untuk peperiksaan bahasa Inggeris yang dilanggar oleh defendan.

"Mahkamah juga mendapati bahawa semua lima defendan tidak mengambil sebarang langkah yang munasabah untuk melindungi hak plaintif.

"Bukti menunjukkan bahawa tarikh defendan pertama tidak hadir ke sekolah adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)

"Tiada keterangan yang menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit dalam aktiviti sekolah lain dalam tempoh lama dia tidak hadir," putus beliau.

Ketiga-tiga pelajar itu membawa bekas guru mereka dan empat yang lain ke mahkamah kerana melanggar hak perlembagaan mereka untuk mengakses pendidikan ketika berada di Tingkatan Empat Sains Sukan (4SS) di sekolah itu enam tahun lalu.

Mereka memfailkan saman itu pada 7 Disember 2020.

Plaintif memanggil 10 saksi dan perbicaraan bermula 5 September 2022 dan selesai pada Januari tahun ini.

Ketiga-tiga mereka diwakili peguam Sherzali Herza Asli.

Peguam kanan persekutuan Mohd Hafizi Abd Halim dan peguam persekutuan Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir bertindak bagi defendan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 20-7-2023 03:23 PM
semoga jadi pengajaran pada cikgu2 pemalas yang lain
Quote Orix 20-7-2023 03:24 PM
kalo cikgu tu xde duit nk bayar guaner ?
Quote mamajawie 20-7-2023 03:33 PM
Orix replied at 20-7-2023 03:24 PM
kalo cikgu tu xde duit nk bayar guaner ?

tolak gaji tiap2 bulan kot..
Quote Orix 20-7-2023 03:34 PM
mamajawie replied at 20-7-2023 03:33 PM
tolak gaji tiap2 bulan kot..

hamboih ponteng 7 bulan pun masih jd guru dan bergaji yach

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.063345 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top