CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ibu Mentua Mengada Selalu Menangis, Wanita Lelah Dapat Suami Masih Belum Putus Susu

20-7-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1389| Komen: 14

Tular luahan hati seorang wanita yang lelah dengan sikap suaminya masih mengikut telunjuk ibu sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

"Aku dah nak dekat setahun kahwin. Next month cukup la setahun tu, tapi aku ada masalah bila mentua tak putus susu dekat anak dia. Maksudnya, tak boleh lepaskan suami aku ni hidup berdua dengan isteri sendiri," ujarnya memulakan cerita.



Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia pada awalnya menetap di rumah flat keluarga mentuanya dalam keadaan daif sebelum berpindah ke sebuah rumah sewa baharu.

Meskipun 'bebas' daripada berdepan mentuanya, wanita itu tetap terseksa kerana suaminya akan pulang ke rumah keluarga setiap hujung minggu.





"Hari yang ditunggu, aku dapat pindah. Itu pun ibu mentua aku bising dekat suami katanya rumah sewa kami mahal sangat. Walaupun dah ada rumah sewa, setiap minggu kami akan tidur rumah mentua. Sebab mentua hari-hari voice note nangis-nangis kat suami cakap sunyi kat rumah tiada siapa," ujarnya.

Tambah wanita itu, rutin mingguan itu membuatkan dia penat sehingga berlaku pergaduhan antara dia dan suami.

"Aku reda. Aku ikut suami tiap minggu ke rumah mentua. Sampai satu tahap, aku cakap nak rehat minggu ni, nak duduk rumah nak kemas rumah. Terus suami melenting. Padahal selama ni aku tak pernah bantah. Cuma kali tu je aku nak rehatkan badan sebab penat kerja," ceritanya lagi.



Bagai menambah bara di hatinya, wanita itu berkata dia sekali lagi kesal apabila kehamilan yang sepatutnya menjadi khabar gembira menjadi satu tekanan buatnya akibat sikap mentua yang terlalu mengada-ngada.

Malah, dia mendakwa dipaksa berpantang di rumah mentuanya sahaja. Bukan itu sahaja, nama anak pun ibu mentua aturkan.



Perkongsian tersebut menerima lebih 1,700 ulang kicau di laman Twitter dan turut dihujani banyak komen netizen termasuklah yang memberi nasihat kepada wanita itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 20-7-2023 03:26 PM
ni la akibat kahwin tapi taktau tanggungjawab
yang laki tu kalau duk manja dengan mak sampai tak boleh tinggal baik toksah kahwin la..menyusahkan isteri je nanti
Quote sayurmayur88 20-7-2023 04:03 PM
nasihat akak;
kalau cari bf ke calon suami, jauhkan lh jenis yg bemanja sgt aka masih duduk bawah ketiak mak dia.
ko yg susah nt. maunya emak dia bad mood tak suka ko, mmg dia push button " aq ni mak ko" ke anak dia utk menyingkirkan ko !
Quote Yoonggi 20-7-2023 04:37 PM
aiyo, ada gak mcm ni. mesti tertekan je dia ni. tp b4 kawen xtau ka laki dia ni mummy's boy ya amat?
Quote KamikuP 21-7-2023 11:30 AM
Dah kawen kena duduk luar .. kalau tak mampu dudk luar jgn kawen lagi taw
Quote bynroslan 21-7-2023 12:52 PM
Orang lain kawen, kau pun nak kawen. Dah sampai jodoh katanya, tapi hal mengurus rumahtangga masih bodoh. Maknya pun, kan ada anak lain (dari cite OP) dah kenapa anak yg dah kawen pun kau sebok lagi nak aturkan hidup? sampai nak berpantang dengan mak sendiri pun kau nak buat cite sedih rindu baby. Belum pernah dengar yang namanya video calling? Atau sekali sekala pergi la lawat baby tu, kan rumah besan kau jugak
Quote gigahertz 21-7-2023 06:45 PM
Yoonggi: aiyo, ada gak mcm ni. mesti tertekan je dia ni. tp b4 kawen xtau ka laki dia ni mummy's boy ya amat?

biasa anak sulung atau anak lelaki sulung atau anak bongsu @ anak lelaki bongsu mmg macam ni.
kalau anak ke 2 ke 3 ke 4 mak bapak buat bodo je.
Quote makita 22-7-2023 10:09 AM
Susah dpt mak yg x puas bermanja dgn laki. Dia tuntut bermanja kat anak pulak. Ni penyakit pentingkan diri yg akan menyusahkan menantu.
Quote isseliparjepun 22-7-2023 12:11 PM
Kesiannya dik. Awal awal bercinta tak selidik ke dia duduk mana, mesti dah sampai rumah. Then dalam fasa pertunangan, mesti dah rancang lepas ni nak duduk mana, teruskan bekerja atau tak. Kena fikir panjang dik. Jadi macam ni, kesian pada awak dan bakal anak tu. Cukuplah dulu anak seorang yang bakal lahir ni. Fikir panjang, adjust dulu kehidupan keluarga tu. Baru fikir nak menambah. Dah suami pun tak mampu sewa rumah sendiri. Apatah nak tambah anak.
Quote isseliparjepun 22-7-2023 12:15 PM
On the other hand, semoga I tak jadi macam mertua begini. Sebab anak anak I pun semua lelaki. I perasan mostly anak anak dan menantu ni, kalau diorang selesa di rumah mana, itu yang diorang paling banyak duduk, paling kerap jenguk.
Quote anony-mous 23-7-2023 08:37 AM
Edited by anony-mous at 23-7-2023 08:40 AM

1) ni la akibat kahwin dgn family miskin ank emak. Kalau kaya ank emak, dpt la jugak bilik sendiri ada aircond. Nak berpantang dgn mertua pon xpe mungkin siap dpt pakej berpantang free. Tahan telinga je. Xperlu tahan aurat, tahan panas

2) aku xpaham. Kata dia byr 3/4 lepas tu ckp xkerja?

3) kes mcm ni dosa x kalau lari balik rumah mak ayah? Lps tu hntar surat minta cerai?


4) kenapa yg hidup lebih selesa selalu kena mengalah dgn yg lebih miskin? Selalu dipaksa downgrade kualiti hidup . Klau org prempuan mak ayah dia bela hidup selesa, bilik tidur aircond, mesti kena paksa tido rumah mertua yg panas2. Panas sempit x selesa. Xboleh ke balik hari? Dari ok jd xde mood nk balik. Lps tu salahkan bini bila x suka nk balik pdhal bini ok je selama ni

5) moga2 iols x jd mertua mcm ni.
Quote anony-mous 23-7-2023 08:42 AM
Edited by anony-mous at 23-7-2023 08:43 AM
isseliparjepun replied at 22-7-2023 12:15 PM
On the other hand, semoga I tak jadi macam mertua begini. Sebab anak anak I pun semua lelaki. I pera ...


Biasanya rumah sndiri or parent sdri la kan? Tp yg lelaki suka paksa balik rumah mak dia. Kalau selesa banglo luas or ada blik sdri ok la. Ni sgt2 x selesa, adk beradik ramai, kita pon dah ada ank2, jgn la paksa2 tido rumah mak dia.

Mak mertua pon tlg la paham klau condition rumah tu x selesa jgn la paksa ank menantu cucu tido sana. Kang makin kurang kerap nk balik sana. Anxiety tau x kalau rumah panas xselesa xde bilik.
Quote isseliparjepun 23-7-2023 11:02 AM
anony-mous replied at 23-7-2023 08:42 AM
Biasanya rumah sndiri or parent sdri la kan? Tp yg lelaki suka paksa balik rumah mak dia. Kalau se ...

Ya betul. Provided that rumah inlaws/parent tu selesa, and diorang pun easy going, tak memaksa, mesti anak menantu suka balik.

Ni kalau rumah sempit, bercampur pulak dengan family in laws lain, memang stress, balik rumah parent/in laws pun mesti kejap kejap je.
Quote Zeatyisaac 24-7-2023 12:40 PM
Tak kenal ke Siapa bakal suami sebelum berkahwin?. Berkahwin itu suatu pilihan, anda telah memilih dia, maka terimalah seadanya, samada dia anak mak, miskin atau berat tulang. Kecuali hati dia atau anda telah berubah.
Quote chiyoasuka 27-7-2023 10:24 PM
klu dpt mertua dr kayangan syukurlah, klu dpt mertua dr neraka hbs la hidup

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.036927 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top