CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Rogol Penjawat Awam Sekali Lagi Didakwa, Kali Ini Melibatkan Amang Seksual Kanak-Kanak

20-7-2023 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1093| Komen: 12

Pekerja buruh binaan yang pernah didakwa merogol penjawat awam di Mahkamah Sesyen Ipoh April lalu, hari ini berdepan pertuduhan melibatkan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.


Hassan Ahmad, 43, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara memegang tangan bagi maksud seksual itu jam 1.30 petang pada 13 April 2023 di tepi jalan berdekatan dewan Rumah Pangsa Ashby Road.


Hassan (tengah) mengaku bersalah atas tuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan dan dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah ke atas pertuduhan ke atasnya.

Pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah.


Hakim Ainul Shahrin Mohamad kemudiannya menetapkan 16 Ogos depan bagi keputusan hukuman serta serahan fakta kes.

Pada 28 April lalu, Hassan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sama atas tiga pertuduhan merogol dan menceroboh rumah seorang wanita di sebuah kuarters kerajaan di Fair Park di sini dalam kejadian 18 April lalu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-7-2023 01:03 PM
Wah. Rupa psiko sejati. Senyum sinis kau tengok wartawan ya.
Quote prettyuglybabe 20-7-2023 01:03 PM
dah alang-alang kat dalam, mengaku salah je la senang..
Quote cikatilia 20-7-2023 01:31 PM
kalau kat luar muka nampak normal aje.. tup2 saikopath
Quote Yoonggi 20-7-2023 01:33 PM
mmg terserlah ke'psiko'an yg ada. hrp mereput dlm penjara
Quote ifanonline 20-7-2023 02:36 PM
ramai org gila sex...ini semua salah wanita!
Quote Decaffeinated 20-7-2023 03:40 PM
Memang sah dah penat melancap la tu.

Tengok timeline selepas daripada pegang budak ni baru dia pergi rogol acik gomen tu.
Quote Sazreena 20-7-2023 04:06 PM
Lauk belasahan ni. Belum tentu kalau kuar pun insap.
Quote Cookingholic 20-7-2023 04:46 PM
Menakutkan betul kalau dibiar lepas manusia gini. Sumbat dlm jel jelah sampai bila2. Tengok muka pun nampak takde rasa bersalah langsung
Quote supernaturalee 20-7-2023 05:12 PM
Decaffeinated replied at 20-7-2023 03:40 PM
Memang sah dah penat melancap la tu.

Tengok timeline selepas daripada pegang budak ni baru dia perg ...

13.04.2023 - 1.30 ptg - cabul budak 11 tahun

17.04.2023 (10 mlm) - 18.04.2023 (9 pg) - ceroboh rmh kuarters kastam & rape org gomen (usia 38 thn)


btw that lady dpt melarikan diri 18.04 tu (bravo sister)
just imagine klu xdpt lepas
jahanam betul


Quote supernaturalee 20-7-2023 05:13 PM
dlm gmbr atas ni kemas sikit

masa kena tangkap tu oh maiii

https://www.bharian.com.my/berit ... boh-kuarters-kastam
Quote renko 20-7-2023 05:43 PM
jirus lancau dia dengan air mendidih
Quote tikusmontok 20-7-2023 06:09 PM
renko replied at 20-7-2023 05:43 PM
jirus lancau dia dengan air mendidih

Simbah asid terus kesiannya acik gomen tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.033094 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top