Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di Facebooknya semalam menyaran golongan warga emas menyertai kumpulan marhaban. Selain menghilangkan kesunyian di rumah, ia bermanfaat mengatasi masalah nyanyuk dan banyak lagi.
Menurut PHM, antara kebaikan lain yang diperolehi menerusi penglibatan ‘geng marhaban’ adalah dapat mengatasi masalah kemurungan dan anxiety yang sering berlaku pada warga tua. “Ini kerana, kewujudan geng marhaban menjadikan mereka saling berbual, berkongsi pendapat dan pengalaman yang dapat membantu untuk kesihatan mental yang baik. “Geng marhaban boleh menjadi kumpulan sokongan dan mengukuhkan fungsi jaringan sosial. Aktiviti ini dapat meransang fungsi kognitif dan mencegah alzheimer (nyanyuk),” kongsinya. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Orix replied at 20-7-2023 04:20 PM
ye betul kena bersosial dan membaca selalu mcm atok
makadek replied at 20-7-2023 10:42 PM
Kat johor masih buat lg... Urban macm aku tak nak la join laki aku tk bagik.. Mcm memakcik katanya.. ...
krustykrab replied at 20-7-2023 10:20 PM
Ye ke? Entah² lagi stress dgn pelbagai mulut perangai.
ADVERTISEMENT