Pasukan perubatan membedah seorang lelaki Arab Saudi di sebuah hospital di wilayah pesisir pantai, Al Qunfudah untuk membuka saluran pernafasan lelaki itu berikutan tertelan kunci ketika bermain dengan objek berkenaan.
Menurut Gulf News, susulan insiden berkenaan, lelaki berusia 49 tahun itu dimasukkan ke wad kecemasan. Berdasarkan laporan sama, kakitangan perubatan menyedari lelaki itu sukar bernafas sebelum pemeriksaan sinar-X menunjukkan, kunci kereta berada dalam saluran pernafasannya. Pesakit itu memberitahu doktor, dia secara tidak sengaja menelannya semasa bermain dengannya sebelum doktor membuat endoskopi untuk mengeluarkan kunci. Keputusan 'membersihkan' saluran pernafasan yang tersekat dengan kunci itu dianggap tindakan terbaik, namun prosedur itu lebih rumit apabila lelaki itu mengalami masalah jantung.
Nasib lelaki itu baik apabila pembedahan itu berjaya. Pesakit dipantau dalam wad hospital selama beberapa hari untuk memastikan tiada komplikasi lain berlaku terhadapnya. Sumber: Harian Metro
|
menjad: dah tuwo pun gaya gini jugek... payah ni
ADVERTISEMENT