CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Licik Jadi Ah Long Kena Denda RM3,000

20-7-2023 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 233| Komen: 1

Mahkamah Majistret Tampin mendenda suri rumah RM3,000 atas tuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan bunga sekitar 10 hingga 15 peratus awal tahun ini.

Tertuduh S.Rajaswari, 56, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.



Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen dengan mengenakan bunga sekitar 10 hingga 15 peratus awal tahun ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Majistret kemudiannya menetapkan 10 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut fakta kes, pada 13 Januari lalu, kira-kira pukul 12.01 pagi di Taman Gunung Mas, tertuduh didapati telah membantu memberi pinjaman wang tanpa lesen, menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen yang sah.

Oleh demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.


Berdasarkan fakta kes, pada tarikh dan lokasi yang sama bertempat di sebuah rumah di daerah ini, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menahan seorang wanita, suri rumah sepenuh masa dipercayai telah terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang sah di sekitar daerah Tampin.

Dalam serbuan tersebut pihak Polis telah merampas beberapa dokumen dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut.

Hasil siasatan mendapati saspek telah menjalankan kegiatan tersebut dari tahun lalu dan memberi pinjaman dengan mengenakan bunga sekitar 10 hingga 15 peratus serta peminjam dalam kalangan rakan-rakannya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:04 AM
dengan kawan2 pun dipaw nya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.062777 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top