CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Sekeluarga Termasuk Bayi 6 Bulan Mati Dikelar, Rumah Dibakar

20-7-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 430| Komen: 0

Dalam satu kejadian di sebuah perkampungan di Cheria Ramnagar, Jodhpur, India, empat sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan dibunuh dengan kejam oleh individu yang tidak dikenali.


Times of India melaporkan penjenayah berkenaan dilaporkan mengelar leher kesemua ahli keluarga tersebut dan membakar rumah yang didiami mereka sebelm melarikan diri.

Penduduk kampung yang menyedari kebakaran berkenaan memaklumkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

Foto: Times Of India

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Poonaram (55), isterinya Bhanwari (50), menantu mereka Dhapu (23) dan bayi perempuannya, Manisha.

Manakala seorang lagi ahli keluarga tersebut iaitu anak lelaki Poonaram, tidak berada di rumah kerana keluar bekerja di sebuah kuari ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap polis, hasil siasatan awal menunjukkan motif kejadian mempunyai kaitan dengan pertikaian atau isu keluarga.


Susulan daripada kejadian itu, anak saudara Poonaram iaitu Pappuram yang berusia 20 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan tersebut kerana dendam.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa bahawa bapa saudaranya, Poonaram terlibat dengan kematian abang kandungnya beberapa bulan lalu. -CARI

Sumber: mStar/Timesofindia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.259183 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top