CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Beranak Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk, Ketuanya Banyak Kali Mengaku Muhammad Adalah Allah "Kenapa Kerajaan Lembab Nak Bertindak?

20-7-2023 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2331| Komen: 22

ETALING JAYA – Tular rakaman lima beranak dengan beraninya mengaku mereka adalah antara pengikut Si Hulk selain mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka, iaitu melalui akaun Facebook Nurul Sakinah Noor Hashim.


Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi satu kenyataan memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

Foto: FB

Suhaini yang turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad, Si Hulk atau apa jua gelaran dikaitkan dengannya, didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.

Terkesan dengan rakaman tersebut, orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk segera bertindak mengesan kumpulan pengikut ajaran sesat itu meskipun ketuanya didakwa telah melarikan diri ke New Zealand pada Jun lalu.


“Tolong polis, jabatan agama, pihak berkuasa terlibat kesan kumpulan ini habis-habisan, jangan biar masyarakat Islam kita terus hanyut dengan ajaran sesat seperti ini. Manusi ini sememangnya lemah, mudah dipengaruhi dan mudah juga terpengaruh,” gesa Asyikin.

Sementara itu, pengguna Facebook, Noor Deros dalam hantarannya semalam meminta pihak berkuasa untuk segera menangkap ketuanya dan memberi hukuman setimpal kerana telah merosakkan pemikiran umat Islam.

“Guru mereka serta orang-orang kanan mesti dikenakan tindakan undang-undang secepat mungkin dan syarikat serta kumpulan mereka ini mesti dibubarkan.

“Ajaran ini sudah dua tahun lebih bergerak aktif, mungkin lebih.

Ketuanya iaitu Suhaini Mohammad telah berkali-kali mengucapkan secara terbuka bahawa Allah adalah Muhammad dan giat mengajarkannya kepada pengikutnya. Mereka menyebarkan ajaran ini melalui produk air Si Hulk yang dilatari dengan propaganda membesar-besarkan pencipta produk dan teori-teori konspirasi ‘dooms day’.

“Mengapa kerajaan tidak bertindak ke atas pengajar ajaran ini dan pengucap kata-kata sebegini sepantas mereka bertindak ke atas penghina Agong dan Raja-Raja?,” soalnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 20-7-2023 11:39 AM
ajaran sama yang @Bipolajourney2 ikut

mengaku ikut as sunnah dan al quran

last2 menipu jantan pakai gambar jiran. buat fitnah nyata dalam forum ni.

reka reka bukti merapu yang setaraf bodoh otak dia tu

bengap tak boleh di ajar

dan baru ni pulak dia percaya youtube tu forumer yang dalam ni punya wakakakakaka
Quote Purplehaz 20-7-2023 02:14 PM
Nak bisnes..bisnes jelah jual air tu..ni sebar nak ajak org sesat. Pengikut plak bodoh lg menyesatkan. ni mesti puak puak sekular minded.
nama minuman pulak 'air si hulk'.
Quote rosedemon 21-7-2023 08:45 AM
kjaan memang lembab wat do u expct
Quote Kitty_catz 21-7-2023 09:01 AM
ooo hat ni ka yg tokeh timbang kilo juai ayaq sembuh segala mala penyakit.. sesat lagi meyesat kan

moga kome disambar peliiirrrrrrrrrrrrrr
Quote salimrock 21-7-2023 09:16 AM
tak silap aku ada ayaq si hulk ni..

tak tau la dia minah hulk hogan ke atau hulk hijau
Quote salimrock 21-7-2023 09:17 AM
Quote Minami2013 21-7-2023 09:22 AM
Astaghfirallah

Quote kucingitam 21-7-2023 11:30 AM
kenapa mesti nam Si Hulk? aku bayangkan Incredible Hulk, rupanya benda lain..
Quote airfilterkotor 21-7-2023 11:51 AM
Sebab takde orang buat repot barangkali?
Quote sufi^_^ 21-7-2023 12:20 PM
kucingitam replied at 21-7-2023 03:30 AM
kenapa mesti nam Si Hulk? aku bayangkan Incredible Hulk, rupanya benda lain..

S I H U L K tu singkatan kat something, maleh pulak aku nak google.
Quote kucingitam 21-7-2023 12:25 PM
sufi^_^ replied at 21-7-2023 12:20 PM
S I H U L K tu singkatan kat something, maleh pulak aku nak google.

ooo..akronim rupanya
Quote sufi^_^ 21-7-2023 12:26 PM

semalam aku terbaca, lupa lak kat mana.
Quote Skuau 21-7-2023 12:53 PM
apa lembab...kul 3 pagi membuta pon boleh buat..tp kena tunggu arahan la
Quote Samerosie 21-7-2023 01:15 PM
Jadi dersng ni bertudung tutup aurat ikut kitab mana?
Quote Lentera 21-7-2023 01:33 PM
Dok luar negara berani la up video. Klu kt malaysia, kui 2.59 pagi dah kena angkut dah penyesat2 ni. Bangsat
Quote tweetytweety 21-7-2023 01:38 PM
sufi^_^ replied at 21-7-2023 12:20 PM
S I H U L K tu singkatan kat something, maleh pulak aku nak google.



Si Hulk adalah singkatan daripada ‘Society of Islamic Holisticism Universal Linkage Knowledge


dari artikel ni :

https://ohmedia.my/trending/ini- ... aran-sesat-si-hulk/


Quote sufi^_^ 21-7-2023 02:40 PM
tweetytweety replied at 21-7-2023 05:38 AM
Si Hulk adalah singkatan daripada ‘Society of Islamic Holisticism Universal Linkage Knowledge

...

haaa this one, terima kasih TaeHyung.
Quote hyie 21-7-2023 02:55 PM
dahla scripted, pastu ala2 buat video tiktok challenge sangat yihhhhhhh
Quote supernaturalee 21-7-2023 03:03 PM
hyie replied at 21-7-2023 02:55 PM
dahla scripted, pastu ala2 buat video tiktok challenge sangat  yihhhhhhh

mmmmm
boleh lepas laa nii...

mmmmm



Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.078422 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top