Seorang wanita berkongsi video penemuan jijik seekor tikus sedang menggigit ayam mentah di sebuah pasar basah. Pemilik akaun TikTok @_F4dhil4hm4d_ berkata, dia mula menyedari kehadiran tikus itu selepas curiga dengan kelibat hitam berdekatan ayam tersebut.
“Aku tengok dari kereta sajalah, aku “zoom” dekat – dekat untuk tengok binatang apa itu. Rupa-rupanya tikus, rakam je lah mampu,” katanya menerusi ruangan kapsyen. Tambahnya, dia juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli barang basah.
“Awak semua berjaga-jaga lah dalam membeli lauk basah yang terdedah, takut ada yang jadi begini. Beringatlah dalam membeli, risiko mesti akan ada,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pendapat mengenai video yang tular itu. Sumber: KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT