Hasrat mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM dimaklumkan khabar buruk mengenai Razman, 13. Menerusi hantaran di Instastory, Kak KM berkata, terdapat lubang pada bahagian jantung Rania selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.
"Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu. "Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat," katanya ketika dihubungi mStar. Kak KM mengulas mengenai perkara itu selepas berkongsi video di Instagram miliknya memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara (IJN). Menerusi video tersebut, Kak KM juga dilihat sedang menangis dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya itu. Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia hampir pengsan sejurus melihat anaknya tidak sedarkan diri apabila diberikan suntukan bius sebelum menjalani ujian tiub di IJN. "Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya. "Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," katanya. Sementara itu, Kak KM berkata, sejak Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami anaknya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang. Bagaimanapun katanya, Rania tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan ketika kecil namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja. "Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang... tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas," katanya. Sumber: mStar
|
Hasrat mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM dimaklumkan khabar buruk mengenai Razman, 13.
Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," katanya.
ADVERTISEMENT