View: 14773|Reply: 240
|
Kak KM Menangis Rasa Nak Pengsan, Hasrat Beli Polisi Insurans Untuk Anak Bertukar Mimpi Ngeri
[Copy link]
|
|
Hasrat mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM dimaklumkan khabar buruk mengenai Razman, 13.
Menerusi hantaran di Instastory, Kak KM berkata, terdapat lubang pada bahagian jantung Rania selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans kesihatan.
IG
"Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu.
"Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat," katanya ketika dihubungi mStar.
Kak KM mengulas mengenai perkara itu selepas berkongsi video di Instagram miliknya memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara (IJN).
Menerusi video tersebut, Kak KM juga dilihat sedang menangis dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anaknya itu.
Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia hampir pengsan sejurus melihat anaknya tidak sedarkan diri apabila diberikan suntukan bius sebelum menjalani ujian tiub di IJN.
"Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya.
"Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata, sejak Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami anaknya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang.
Bagaimanapun katanya, Rania tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan ketika kecil namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja.
"Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang... tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
tak buat follow up ke lepas tu? Dah ada simptom sesak nafas pun tak bawa.. Nasib baik terbuka hati nak amik insurance.. kalu tak, takda juga ya inisiatif nak bawa gi jumpa doc meskipun ada simptom. |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk...duit juta2 x kan x buat follow up anak... Insurance pun baru nk buat ke...so ni br igt tuhan kan.. Br mtk org doakan ank dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kata banyak duit ke? Tulah masa senang mendongak langit, siap mencarut kat orang kata sibuk hal dalam kain ko! Dah jadi macam ni doa sape ko mintak.. Mintak la doa mak kat mekah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap sakit ni asbab la mereka sekeluarga jaga perilaku n pakaian tu sikit sbb kite ni dilahirkn mmg melayu islam..Bawak2 la beringat tuhan sikit kluarga kak km oi..Semoga cpt sembuh la n dipermudahkn urusan depa..Allah tegur n uji tanda syg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hara jangan mlucah lagi lepas ni,joget2 goyang bontot,anak pompuan yg sulung tu pon sama jaga la sikit tingkah laku. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasrat mengambil insurans buat anak ketiganya bertukar mimpi ngeri apabila usahawan kosmetik Liana Rosli atau Kak KM dimaklumkan khabar buruk mengenai Razman, 13.
tak paham kaka ayat ni, pastu tetiba anak ppuan dia si Rania yg sakitnya..
yang khabar buruk mengenai Razman tu sape ke dia plak?
ehh lantak laa. |
|
|
|
|
|
|
|
harap jagalah hubungan dengan Allah lepas ni, kadang2 ujian besar ni asbab utk kite audit diri |
|
|
|
|
|
|
|
Gws rania. Iols simpan kata2 lain dlm hati |
|
|
|
|
|
|
|
Waktu bergelek org bagi nasihat kemain menganjing. Mcm hidup seribu tahun tanpa masalah
Baru kene uji sket, pandai lak mintak doa netizen. Gi la doa sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke sakit sekali nak jual produk baru.bukan bole percaya dgn dorang ni semua. |
|
|
|
|
|
|
|
overnya.. dah kena bius wajar la dia tidur..
takkan nak expect dia bergelak ketawa pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," katanya.
Lahhhh...dah dibius mesti lah pengsan habis akakkkkk... Takkan dah bius masih jaga.. apooooo
Malas nak cerca. Tapi tu lahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
aku gisau kalau anak dia dh baik nnti dia claim sebab mkn sweetdara |
|
|
|
|
|
|
|
dah okey nanti sambung gelek |
|
|
|
|
|
|
|
Me xnk ckp ape..
Cuma dgn duit yg byk itu.. Pada aku ckup la utk anak dia sihat balik
|
|
|
|
|
|
|
|
masa baby x take action padahal dh tau
akan ada detik trigger benda ni….
my late sil pun lps ank 4 baru trigger jantung bengkak…ni congenital issue ..zaman dlu mana ada alat canggih nk scan…. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia ni pun sejenis vocal jugak kan..
May Allah ease uoll la kak KM..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|