Kelibat penyanyi Ariana Grande membuat kemunculan di Wimbledon, London pada Ahad lalu mencuri perhatian apabila dia dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya. TMZ melaporkan tindakan Ariana itu sekali gus menguatkan spekulasi rumah tangganya dengan Dalton Gomez sedang retak menanti belah.
Malah laporan turut menyebut Ariana dan Dalton sudah berpisah sejak Januari lalu. Kemunculan Ariana di Wimbledon turut disertai oleh pelakon gandingannya dalam filem Wicked iaitu Jonathan Bailey dan Andrew Garfield. Dalam pada itu, penyanyi lagu Thank You, Next itu dikatakan kali terakhir mengenakan cincin perkahwinan di khalayak ramai pada April lalu ketika menghadiri konsert Jeff Goldblum di London. Kenalan rapat pasangan berkenaan mendedahkan Ariana dan Dalton yang merupakan seorang ejen hartanah bagaimanapun masih mengekalkan hubungan baik meskipun bergelut dengan masalah rumah tangga.
"Keputusan berpisah dibuat secara bersama. Mereka menghadapi masalah sejak awal Januari tapi masih lagi berkawan baik," kata sumber terdekat pasangan itu. Sementara itu, Dalton juga didakwa ada melawat Ariana di set penggambaran filem Wicked di London sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka namun tidak berjaya. Untuk rekod, Ariana dan Dalton mengikat tali pertunangan secara rahsia pada Mei 2021 dan berkahwin pada tahun sama. Dalton ketika itu melamar Arian dengan sebentuk cincin mutiara bertatahkan berlian milik neneknya pada Disember 2020. Sumber: mStar
|
Selubung replied at 19-7-2023 01:42 AM
Jadi betul laa diorg dh berceraii ingatkan fake Ingatkan berkekalan sis tgk riana nampak happy k ...
gideoncross replied at 19-7-2023 02:51 PM
Ariana G ni mmg xkn brtahan dgn siapa2 & dia ni pun bnyk darksides tpi biasalh, pnjilat bontot dia ...
gideoncross replied at 19-7-2023 02:51 PM
Ariana G ni mmg xkn brtahan dgn siapa2 & dia ni pun bnyk darksides tpi biasalh, pnjilat bontot dia ...
laicibiru replied at 19-7-2023 07:21 PM
dahsyat betul lensa paparazzi. Bermula dengan kantoi tak pakai cincin je, dah boleh dapat cerita ful ...
mamajawie replied at 20-7-2023 10:32 AM
lainnya muka AG ni..dulu sweet2 je..bru tau sheollss da kwen..
lanacondor replied at 19-7-2023 03:42 PM
Cincin mutiara tu nenek Pete Davidson yg bagi la nokz..ex hubby dia sengkek bli diamond je tepek kt ...
Selubung replied at 19-7-2023 04:09 PM
Kita bukan laa peminat riana ni so idok laa kita tahu dia banyak dark side
meowww05 replied at 19-7-2023 06:42 PM
Darksides apa pasal Ari? Wow. Ingatkan dia okok ja.
gideoncross replied at 20-7-2023 12:15 PM
Pete Davidson tu sengkek ke? Sllu famous kat SNL & sllu kna passed around kat Holiwud.
gideoncross replied at 20-7-2023 12:56 PM
Ariana G ni ahli kuat Illuminati, boleh bca banyak kat internet & skrg ni sntiasa alter muka.
lanacondor replied at 20-7-2023 05:41 PM
Bkn Pete yg sengkek. Ex husband dia si Dalton tu la. Cincin tu nenek Pete yg bg kan ms Ariana dgn ...
ADVERTISEMENT