CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Cari Rezeki Sebagai Badut

18-7-2023 07:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1450| Komen: 10

Jakarta: Sepasang suami isteri yang menyara hidup sebagai penghibur jalanan dengan berpakaian badut ditahan di Bontang, wilayah Kalimantan Timur kerana didakwa menimbulkan rasa tidak selesa  orang ramai, lapor program berita Liputan6 hari ini.


Pasangan tersebut dikatakan menjana pendapatan lumayan mencecah 500,000 rupiah (RM151) dalam masa sejam.

Pasangan suami isteri tersebut membawa anak mereka menginap di hotel selepas mendapat hasil lumayan ketika menghibur di jalanan. – Instagram

Satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram Sabtu lalu memberitahu bahawa wang hasil pekerjaan itu digunakan pasangan suami isteri berkenaan untuk membawa anak-anak mereka menginap di hotel.

Unit Polis Perkhidmatan Awam Pamong Praja Bontang menahan kedua-dua mereka ketika sedang menghibur di jalanan dengan memakai kostum watak kartun.


Namun, ramai netizen berpendapat suami isteri itu tidak sepatutnya ditangkap kerana mereka bekerja dan bukan meminta sedekah.

“Di Bogor juga ada ramai badut tetapi mereka tidak mengganggu orang ramai. Biarlah mereka mencari sesuap nasi, yang penting tidak mencuri,” kata seorang netizen.

“Mereka bekerja, jadi biarlah mereka menikmati hasilnya. Apa yang menjadi masalahnya? Mereka tidak mengganggu orang, malah  ramai yang terhibur dengan aksi mereka,” kata netizen lain.

Sebelum ini, Liputan6 melaporkan bahawa Unit Polis Perkhidmatan Awam Banyuwangi menahan beberapa penghibur jalanan yang sering berkumpul di kawasan lampu isyarat.

Ada antara mereka memakai kostum badut selain ada yang melumur badan dengan cat berwarna kelabu atau digelar manusia ‘silver’.

Ketua unit tersebut, Wawan Yadmadi berkata, penangkapan itu dibuat sebagai tindak balas kepada aduan keresahan orang ramai yang berasa terganggu dengan kehadiran mereka. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 18-7-2023 08:20 PM
Priskis tak de apa² komen ke?
Quote tikusmontok 18-7-2023 08:40 PM
Terbayang @Friska babu pakai kostum suster ngesot
Quote OshinDaSolja 18-7-2023 11:27 PM
tak perlu la tangkap..pak polisi pun laa....mereka cari rezeki cara halal bukan mencopet pun...
Quote ultra78 18-7-2023 11:37 PM
tikusmontok replied at 18-7-2023 08:40 PM
Terbayang @Friska babu pakai kostum suster ngesot

Pakai kostum sundel bolong dan pergi gerai makan 200 cucuk sate..
Quote tikusmontok 19-7-2023 12:59 PM
ultra78 replied at 18-7-2023 11:37 PM
Pakai kostum sundel bolong dan pergi gerai makan 200 cucuk sate..

Hahaha yang ni lagi haru...serupa hantu raya..ehh hantu lebaran bak kata ndon
Quote otai_g 19-7-2023 01:03 PM
Kalo x ganggu x PE lah. Ni ada style badut dia bg bdk2 belon lps tu mintk duit kat mak pak. Hina punya style
Quote nusaraya 19-7-2023 02:19 PM
jika hal ini terjadi di Malaysia .. patutlah pasangan suami istri itu ditangkap dan masuk jail  kerana profesi badut tersebut (dalam persepsi rakyat pemimpin melayu Malaysia) akan memburokan maruah an nama baik  bangsa melayu... tetapi akan berbeza maknanya jika case ini berlaku di Indonesia ....Jadi X mengkhairankan jika banyak protes dan cacian dari ramai rakyat indonesia terhadap polis  yang melakukan hall itu ... Mereka beranggapan polis melanggar Hak Individu atau Hak Asasi Manusia ,...
Quote zuriey 19-7-2023 03:44 PM
Kt malaysia pun kena ambil lesen dgn pbt
Quote KamikuP 20-7-2023 12:42 PM
Ingat badut ingat John Wayne Gacy.. huhuhu.. tu yg caprut takut tu
Quote Decaffeinated 20-7-2023 04:42 PM
Mungkin fenomena ini dah jadi semakin tidak terkawal di sana?

btw siapa tahu adakah street performer di Malaysia ni perlukan permit?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.033580 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top