CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Mencuri Sambil Bawa Anak Kecil

18-7-2023 07:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 366| Komen: 4

Jakarta: Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sepasang suami isteri mencuri telefon bimbit di hadapan sebuah kedai sambil membawa anak kecil mereka, lapor program berita Liputan6 semalam.


Kejadian berlaku kelmarin di Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian memaparkan  sepasang suami isteri yang menaiki motosikal  tiba bersama anak kecil mereka sebelum si isteri masuk ke dalam kedai dan berpura-pura membeli sayur.

Si isteri berpura-pura membeli sayur dari kedai berkenaan sebelum mencuri telefon bimbit. – Istimewa

Keadaan kedai yang ramai pembeli memberi kelebihan untuk si isteri melakukan kegiatan haram  tersebut.

Dia kemudian dilihat keluar dari kedai lalu mengambil telefon bimbit milik seorang individu yang diletak di dalam raga motosikal.


“Motosikal mangsa diparkir betul-betul di hadapan kedai. Mungkin dia terlupa dan meninggalkan telefon bimbitnya di dalam raga.

“Si pelaku yang berpura-pura membeli sayur kemudian mengambil kesempatan keadaan kedai yang ramai pelanggan untuk mencuri telefon bimbit,” kata pekerja kedai, Khairul Imam.

Sejurus selesai mencuri telefon, wanita berkenaan dengan pantas kembali ke arah motosikal di mana suami dan anaknya sedang menanti.

“Suami isteri itu membawa anak mereka membonceng motosikal tersebut (ketika mencuri),” kata Khairul. 

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Bekasi Kota, Komisioner Polis Erna Ruswing Andari berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan masih menyiasat kes tersebut.  – Agensi 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 18-7-2023 08:00 PM
Trit closed
Quote rospinki 18-7-2023 08:03 PM
Mana friska kemain ligat kalau psal pompun malaysia
Quote krustykrab 18-7-2023 08:14 PM
Priskis tk nk komen ke
Quote tikusmontok 18-7-2023 08:39 PM
Indon mendonia kata @Friska babu jusa c minus

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.138227 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top