CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Anak Patung, Janin Bayi Ditemukan Di Loji Kumbahan Flat Di Sabah

18-7-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 335| Komen: 1

KOTA KINABALU: Disangka anak patung rupa-rupanya janin bayi ditemukan di loji kumbahan di sebuah pangsapuri di Inanam semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, semasa ingin melakukan kerja-kerja pembersihan, seorang pekerja pembersihan  terlihat satu objek dalam sangkar perangkap sampah yang disangka anak patung.


Namun, apabila sangkar itu dinaikkan sedikit ke atas, pekerja berkenaan terkejut apabila ia sebenarnya janin bayi.

Foto: Utusan

“Lelaki itu kemudiannya mengangkat sangkar itu naik ke atas kerana arus air di loji kumbahan agak deras dan dia mengeluarkan janin tersebut kerana bimbang ia akan dihanyutkan arus.

“Pekerja itu memaklumkan penemuan janin berkenaan kepada penyelia loji yang kemudiannya menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada Utusan.

Menurutnya, pemeriksaan awal terhadap janin itu di Jabatan Kecemasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah mengesahkan janin berkenaan telah meninggal dunia.

Pemeriksaan juga mendapati keadaan janin masih bertali pusat dan doktor tidak dapat memastikan jantina bayi tersebut dengan tepat tapi, berkemungkinan adalah lelaki.

Foto: Utusan

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menjalankan pemeriksaan terhadap janin tersebut. Ukuran tinggi kira-kira 18 sentimeter (sm)  Mayat masih bertali pusat dan lengkap anggota badan.

“Mayat bayi dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk dijalankan bedah siasat selepas keputusan calitan Covid-19 diperolehi,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad di talian 016-8337243.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 19-7-2023 05:12 PM
Kesiannya baby

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.038376 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top