Sebelum ini tular video memaparkan aksi seorang wanita yang mengisi minyak petrol dengan 'menyumbat' dua jenis nozel ke tangki minyak keretanya. Selepas itu muncukl ula video seorang wanita mengalami kesukaran ketika mengisi petrol ke dalam keretanya yang diparkir di luar kotak bersebelahan pam minyak.
Dia dilihat bersusah payah menarik nozel untuk dimasukkan ke dalam tangki namun tidak berjaya memandangkan hos tidak cukup panjang gara-gara keretanya yang diparkir di luar kotak. Selepas mengembalikan nozel ke pam, dia masuk ke dalam keretanya, sebuah Perodua Axia, dan cuba mengalihkan kenderaan tersebut untuk memudahkannya mengisi petrol kali kedua. Apa yang menghairankan, dia mengalihkan keretanya dalam kedudukan kenderaan tersebut membelakangkan pam dengan harapan agar tangki minyak lebih dekat dan mudah dicapai. Namun langkah tersebut tetap menemui kegagalan kerana keretanya masih jauh daripada pam minyak.
"Dua orang berbeza. Dua tempat berlainan. Tetapi jantina yang sama. Sebab tu perempuan perlukan lelaki. "Sorry, nozel pendek sangat. Salah stesen minyak tu sebab nozel pendek," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian yang dimuat naik di Facebook. Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyatakan lokasi dan waktu kejadian tersebut dirakam. Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warga maya terhadap situasi berkenaan. "Selepas ini driving school (sekolah memandu) kena buat training (latihan) untuk isi minyak. "Saya memang tak pandai pandu kereta tapi Alhamdulillah masih tahu macam mana nak isi minyak dan tahu warna nozel untuk petrol Ron95, Ron97 dan diesel. "Apa benda ni? Sis bendul sangat ke sampai tak boleh nak park kereta rapat ke pam minyak normal macam kereta orang? "Mungkin nak buat content, tapi memang ada perempuan jenis bimbo (cantik tapi kurang bijak) macam ni," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
zarulnazmi replied at 18-7-2023 03:19 PM
Dah mula trend baru ke? "Apa Salah Stesen Minyak Pada Kaum Wanita Hari Ini?"
sharlenetexas replied at 18-7-2023 03:22 PM
Memperbodohkan diri demi content?
harkktuih replied at 18-7-2023 04:42 PM
dulu masa sekolah rendah agama, dlm subjek tauhid kalau x silap ada bab tentang malu.. xtau la zaman ...
ADVERTISEMENT