CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3362|Reply: 47

"Perempuan Jenis Bendul Dan Bimbo,"- Parkir Kereta Luar Kotak, Wanita Struggle Nak Isi Minyak Sebab Hos Tak Sampai

[Copy link]
Post time 18-7-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini tular video memaparkan aksi seorang wanita yang mengisi minyak petrol dengan 'menyumbat' dua jenis nozel ke tangki minyak keretanya.


Selepas itu muncukl ula video seorang wanita mengalami kesukaran ketika mengisi petrol ke dalam keretanya yang diparkir di luar kotak bersebelahan pam minyak.


Dia dilihat bersusah payah menarik nozel untuk dimasukkan ke dalam tangki namun tidak berjaya memandangkan hos tidak cukup panjang gara-gara keretanya yang diparkir di luar kotak.








Selepas mengembalikan nozel ke pam, dia masuk ke dalam keretanya, sebuah Perodua Axia, dan cuba mengalihkan kenderaan tersebut untuk memudahkannya mengisi petrol kali kedua.


Apa yang menghairankan, dia mengalihkan keretanya dalam kedudukan kenderaan tersebut membelakangkan pam dengan harapan agar tangki minyak lebih dekat dan mudah dicapai.


Namun langkah tersebut tetap menemui kegagalan kerana keretanya masih jauh daripada pam minyak.





"Dua orang berbeza. Dua tempat berlainan. Tetapi jantina yang sama. Sebab tu perempuan perlukan lelaki.


"Sorry, nozel pendek sangat. Salah stesen minyak tu sebab nozel pendek," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian yang dimuat naik di Facebook.


Bagaimanapun, individu tersebut tidak menyatakan lokasi dan waktu kejadian tersebut dirakam.


Di ruangan komen, pelbagai reaksi dilontarkan warga maya terhadap situasi berkenaan.


"Selepas ini driving school (sekolah memandu) kena buat training (latihan) untuk isi minyak.


"Saya memang tak pandai pandu kereta tapi Alhamdulillah masih tahu macam mana nak isi minyak dan tahu warna nozel untuk petrol Ron95, Ron97 dan diesel.


"Apa benda ni? Sis bendul sangat ke sampai tak boleh nak park kereta rapat ke pam minyak normal macam kereta orang?


"Mungkin nak buat content, tapi memang ada perempuan jenis bimbo (cantik tapi kurang bijak) macam ni," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 03:19 PM | Show all posts
Dah mula trend baru ke? "Apa Salah Stesen Minyak Pada Kaum Wanita Hari Ini?"
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
content je kot... semua benda nk jadi content sekarang ni.... semua benda nk up kt media sosial... semua nk benda nk terpaling....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Content aje tu
Percaya sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:22 PM | Show all posts
Dah clarify katanya content kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Memperbodohkan diri demi content?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tiru konten minah salleh ler tu yg viral mase nk isi minyak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:27 PM | Show all posts
bila semua benda bodoh boleh di publish utk tontonan umum, makin terserlah kebodohan yg dibanggakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 03:30 PM | Show all posts
Dulu, nak tengok benda pelik-pelik tapi berilmiah, kena tonton YT.
Sekarang, nak tengok benda yg aneh-aneh, tontonlah TikTok.

Tapi vid ni tatau la yg mana satu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:32 PM | Show all posts
nak test adakah sampai nozzle tu kalau parking di luar kotak kuning, mcm mcm cara mereka parking...akhirnya jawabnya Tidak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
zarulnazmi replied at 18-7-2023 03:19 PM
Dah mula trend baru ke? "Apa Salah Stesen Minyak Pada Kaum Wanita Hari Ini?"

salah tu..sepatutnya:Wanita x pernah salah...apa ke bengong stesen minyak.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan bodow sampai cemgitu bodownya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:50 PM | Show all posts
skrg org x malu tunjuk bodoh.. demi content
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut Makin maju makin cerdik..ni dah terbalik Makin menunjukkan kebodohan..bangga lak tu..btl la org dl nye pepatah..bodoh tu simpan skt dlm tabung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:06 PM | Show all posts
Moga pompuan ni dan semua pompuan yg buat konten mcm ni jadi andartu sampai ke tua dan kalau berjodohan moga tidak beranak dan mandul selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:18 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-7-2023 03:22 PM
Memperbodohkan diri demi content?

tak paham
kenapa ada manusia
lagi2 pompuan
suka sgt membodohkan diri
untuk content
kalau muka huduh
budusss pulak kronik ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 04:42 PM | Show all posts
dulu masa sekolah rendah agama, dlm subjek tauhid kalau x silap ada bab tentang malu.. xtau la zaman skang ada belajar lg x bab tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan terlalu bodoh
Utk content je ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:52 PM | Show all posts
Mesti dapat idea dari american youtuber.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:06 PM | Show all posts
harkktuih replied at 18-7-2023 04:42 PM
dulu masa sekolah rendah agama, dlm subjek tauhid kalau x silap ada bab tentang malu.. xtau la zaman ...

sekolah agama johor memang ada subjek adab.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.074688 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list