Manjung: Seorang bonzer bar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh isterinya dan memasukkan dadah ke dalam badannya, minggu lalu. S Gabriel, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Kavita. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.
Mengikut pertuduhan, Gabriel didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada E Komati, 33, di alamat No. 51, Ladang Walbrook, Sitiawan di sini jam antara 6.30 petang hingga 7 malam pada 10 Julai lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan 18 September depan bagi sebutan semula kes. Di kamar Mahkamah Majistret berasingan, Gabriel kemudiannya dituduh dengan sengaja memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya bertempat di Balai Polis Pantai Remis pada 6.40 petang 12 Julai lalu. Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rishan Kumar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan dan 25 Oktober depan bagi sebutan semula kes dan serahan laporan patologi di Mahkamah Majistret Pantai Remis. Terdahulu, polis menahan Gabriel pada 11 Julai lalu selepas disyaki bertindak kejam membakar isterinya akibat berang dituduh menagih dadah. Mangsa disahkan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Seri Manjung. Sumber: Harian Metro
|
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu
otai_g replied at 18-7-2023 05:01 PM
Time aku sekolah rendah dulu mmg ada bdk perempuan India nama mcm tu. Lain skit je E tkr dgn S. Yg ...
Buritan replied at 18-7-2023 05:03 PM
Nama kwn aku dulu pun cenggini.. last aku tau dia amik medic tak tau laa ni
supernaturalee replied at 18-7-2023 05:06 PM
கோமதி
Buritan replied at 18-7-2023 05:08 PM
Amende nii.. tokojut den ade maruku..
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu
Buritan replied at 18-7-2023 05:08 PM
Amende nii.. tokojut den ade maruku..
_blackbird replied at 18-7-2023 06:08 PM
budak sekolah aku dulu ada sorg nama kogila. ironinya dia mmg ada tekanan mental, selalu ckp sorg2 ...
AngelFreakyAF replied at 18-7-2023 09:51 PM
Member tmpt aku keje nama komathi....rilek jer xmati...
supernaturalee replied at 18-7-2023 04:45 PM
ironinya nama perempuan tu
ADVERTISEMENT