Kemelut rumah tangga yang membelenggu pelakon Afiq Muiz, 31, dan Nur Aaira Mahadeya atau Pachara, 32, akhirnya terlerai dengan perceraian talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, hari ini.
Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik. "Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan. Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini. "Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang," katanya kepada BH Online. Pada masa sama, Mohd Yazit berkata, perbincangan sudah dilakukan antara peguam kedua pihak dan anak guam masing-masing bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial.
"Perbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara. "Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian," katanya. Terdahulu, Pachara membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Petaling Jaya. Difahamkan, Pachara memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu. Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali. Pada November tahun lalu, media melaporkan Afiq membuat laporan polis berhubung dakwaan isterinya yang dianggap fitnah. Afiq dilapor menyerahkan kepada peguam untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul dilemparkan wanita terbabit. Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook (FB) dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki dan jarinya patah. Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga. Sumber: BH Online
|
primarikey replied at 18-7-2023 03:15 PM
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya ...
Parit.Hilton replied at 18-7-2023 04:23 PM
kalau iols jadi laki, tercabar gak ego kalau ex wife setuju dengan syarat ni
nampak sangat tak nak ...
primarikey replied at 18-7-2023 03:15 PM
Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya ...
timah03 replied at 18-7-2023 05:13 PM
Untunglah jadi laki... Buat hal pun tak payah bayar apa2... Semata2 sebab kuasa cerai kat dia...
ADVERTISEMENT