Khai Bahar cemas terlanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul ketika sedang perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis pada pagi Selasa. Katanya kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
"Ketika kejadian saya memandu seorang diri sebelum tiba-tiba saya terlanggar sebiji tayar lori yang berada di tengah jalan menyebabkan saya gagal mengelak. "Alhamdulillah mujur ketika itu tidak banyak kenderaan lain dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada mStar. Tambahnya BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki malah sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. "Saya pun tak pasti lagi keadaan kereta macam mana... tetapi nampak macam rosak sikit sahaja di bahagian bawah depan kereta. Sekarang kereta pun sudah ada di bengkel. "Sementara menanti kereta siap, terpaksa cari cara lain untuk pulang ke kampung," jelasnya.
|
Kurex replied at 18-7-2023 09:25 AM
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia paka ...
Kurex replied at 18-7-2023 10:25 AM
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia paka ...
Kurex replied at 18-7-2023 10:25 AM
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia paka ...
ADVERTISEMENT