CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2086|Reply: 18

BMW Khai Bahar Rosak, Terlanggar Tayar Lori Atas Highway Pukul 5 Pagi

[Copy link]
Post time 18-7-2023 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Khai Bahar cemas terlanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul ketika sedang perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis pada pagi Selasa.


Katanya kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).


Foto: IG




"Ketika kejadian saya memandu seorang diri sebelum tiba-tiba saya terlanggar sebiji tayar lori yang berada di tengah jalan menyebabkan saya gagal mengelak.


"Alhamdulillah mujur ketika itu tidak banyak kenderaan lain dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada mStar.


Tambahnya BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki malah sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.








"Saya pun tak pasti lagi keadaan kereta macam mana... tetapi nampak macam rosak sikit sahaja di bahagian bawah depan kereta. Sekarang kereta pun sudah ada di bengkel.


"Sementara menanti kereta siap, terpaksa cari cara lain untuk pulang ke kampung," jelasnya.




  



Dalam pada itu, Khai menjelaskan dia pulang ke Perlis kerana ingin menziarahi ibunya yang kurang sihat selain membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


"Saya kerap balik ini pun sebab selagi ada kesempatan untuk berbakti kepada ibu, saya akan buat.


  



"Kereta rosak bukan masalah, Insya Allah ada cara lain dan akan cuba balik dalam masa terdekat," katanya.


Sebelum ini, Khai berkongsi di IG Story miliknya yang memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang memujuk ibunya ke hospital. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia pakai saga jah. Dia kata buat apa kereta mahal, baik simpan duit. Tak tau la skrg dia dah upgrade kereta ke belum
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:32 AM | Show all posts
sila claim dengan plus..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada BMW, mesti ade kereta lain kan. Takpe pakai la kereta lain dulu sementara BMW masuk bengkel
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by PinkyPie at 18-7-2023 11:42 AM

Ohh dah ada kereta heolls. Last time baca artikel yg heolls taknak ada kete, naik lrt jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kete dh lah baru bli
continental plak tu

keluar rama rama dari wallet….
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
So heols ditakdirkan pakai myvi je kah lagi selamat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:26 PM | Show all posts
tu la sebab ramai nak jd 'artis' sebab jalan singkat dpt wang kepuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu Khai bahar ninkuar tv..tak ingat la program apa
Iols ingat Hafiz roshdi
Adik iols betulkan
Ni Khai bahar laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa. Dh upgraded. Hari tu naik Axia biru gelap jer.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 18-7-2023 11:52 AM
Kurex replied at 18-7-2023 09:25 AM
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia paka ...


Kalau dia mampu eloklah pakai kereta yg elok safetynya dan selesa dia nak bawa ulang alik jauh kl ke perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak susah. SoCar pun ada. Heheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:27 PM | Show all posts
kesiannyaaa semoga di permudahkan urusan...

mesti keluar suara nonok kan masa terlanggar tayar lori tu...

tona suara dari ala2 hadek2 cover macho terus berubah menjadi suara siti nordiana atau siti nurhaliza masa terlanggar tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah beli kereta dah...dulu bukan org kata dia takde lesen memandu / naik lrt ke sana sini ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 03:05 PM | Show all posts
matang dah muka khai bahar ni..
dlu muka biasa jer.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-7-2023 10:25 AM
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia paka ...

Siapa pelakon tuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Slowly kau mendunia Carina. Akak bangga dgn kau. Lex2 dulu naik keta biase. Bila dah yakin dah mampu, br beli. Ok lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan..kalau x kluar berita kena langgar tayar ni x tau ko dh beli kereta dek...diam2 ubi berisi budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2023 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-7-2023 10:25 AM
Tak boleh pakai kereta biasa je ke? Ingat lagi iols pernah kerjasama dgn sorang pelakon ni. Dia paka ...

Dah belikan mak rumah kat kg, beli kete utk kegunaan di kg, beli rumah di kl, ni baruuu la berapa minggu beli kete utk diri sendiri. Dekat 10 tahun lenjan kete PA ke manager. Kira ok la tu nyehhh baru nak merasa ikut napsu sendiri pakai bmw..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051442 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list