CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raih Emas Di Paris, Abdul Latif Layak Ke Sukan Paralimpik 2024

18-7-2023 08:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 224| Komen: 3

Kuala Lumpur: Tampil menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 


Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang  meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.


Pada aksi final lompat jauh T20 berlangsung di Stadium Charlety, atlet berusia 26 tahun  itu melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) pada percubaan kedua, mengatasi rekod kejohanan 7.39m yang dilakukan Ranki Oberai dari Belanda pada edisi Dubai 2019.

Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.

Pingat perak dimenangi Noah Vucsics dari Kanada yang melakukan 7.35m manakala Athanasios Prodromou dari Greece meraih gangsa dengan 7.12m.


Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membuat ketetapan bahawa empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 18-7-2023 09:10 AM
wow tahun depan ke paris lah kita ye

Quote Suchi 18-7-2023 09:13 AM
Tak sesia la dapat latuk selalu memburu emas.
Eh dia dah kawen kan? Ke masih bertunang lagi?
Quote mamajawie 18-7-2023 11:44 AM
dia ni autism ke?tapi bini lawa kemain ye..seb baik la bini dpat jadi datin..hehe

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.099954 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top