CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 3

Raih Emas Di Paris, Abdul Latif Layak Ke Sukan Paralimpik 2024

[Copy link]
Post time 18-7-2023 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tampil menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024


Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang  meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.






Pada aksi final lompat jauh T20 berlangsung di Stadium Charlety, atlet berusia 26 tahun  itu melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) pada percubaan kedua, mengatasi rekod kejohanan 7.39m yang dilakukan Ranki Oberai dari Belanda pada edisi Dubai 2019.


Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.


Pingat perak dimenangi Noah Vucsics dari Kanada yang melakukan 7.35m manakala Athanasios Prodromou dari Greece meraih gangsa dengan 7.12m.


Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membuat ketetapan bahawa empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:10 AM | Show all posts
wow tahun depan ke paris lah kita ye

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sesia la dapat latuk selalu memburu emas.
Eh dia dah kawen kan? Ke masih bertunang lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 11:44 AM | Show all posts
dia ni autism ke?tapi bini lawa kemain ye..seb baik la bini dpat jadi datin..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054660 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list