CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjaya Group Saman Kerajaan, Tamatkan Kontrak Ketika Muhyiddin Jadi PM

17-7-2023 09:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1313| Komen: 13

Petaling Jaya: Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan (MOF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada mereka pada 2020.


Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berkata, LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan telah ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2020.

Vincent Tan

“Mereka telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV). Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta.


“Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjanjian penjualan saham di antara Berjaya Corporation Bhd dengan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd hari ini.

Terdahulu, melalui perjanjian tersebut, Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan kepentingan dalam anak syarikat milik penuhnya, Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) kepada Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (Naza) untuk pertimbangan tunai RM700 juta.

Tambah Tan lagi, bidaan yang dilakukan oleh JV tersebut adalah yang paling rendah daripada semua pembida.

“Ketika itu Naza memiliki 51 peratus kepentingan di dalam JV dan 49 peratus oleh Berjaya. Pegangan kepentingan dalam JV ini telah berubah, dengan Berjaya kini memegang 40 peratus kepentingan.

“Saya berharap agar kami akan mendapat keputusan yang memihak kepada kami di mahkamah nanti,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 18-7-2023 02:03 AM
Zaman Ismail Sabri la kheun.

Zaman PAS berzina dgn BN.
Quote Farnor 18-7-2023 02:14 AM
Zaman skrg ada kes bnyk saman menyaman2 woow
Quote Lentera 18-7-2023 03:08 AM
Kena cuci taik abahcow ke ni?
Quote shamsadis 18-7-2023 08:20 AM


teringat kisah anak dia...



https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5025663

Quote pokokmeranti 18-7-2023 08:26 AM
pusing2 duit negra dihabiskan kepada kroni/tauke yg sama je...
Quote kucingitam 18-7-2023 10:23 AM
sekarang baru nak saman?
Quote venom1 18-7-2023 10:25 AM
Why now? hehe
Quote plywood 18-7-2023 10:27 AM
kerja politician asyiklah kayakan kroni..
Quote BENTARA 18-7-2023 10:38 AM
DAP mana??? mana DAP??? mana DAP menghilang???? hadoiiiii..... selain DAP nak tunjuk sapa ek???
Quote melekaifc 18-7-2023 12:04 PM
bodow punya si lebam sembab
Quote laqoyah 19-7-2023 08:27 AM
Jana Berpenciritan..
Quote noor2 19-7-2023 08:41 AM
Lorrr mmg la ko ditamatkan sb dulu Vincent tan ni dapat project dari umno kan..dari Mahathir..kena dgn muhyidin terus tamat..semua dasar kroni
Quote Innrukia 19-7-2023 08:44 AM
ala withdraw yg ni pass tauke side depa la plak.
itu yg pakat duk rebut nk jd KERAjaan.
ingat sikit tauke tu semua duk labur.
acah suci walanon ni

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.102110 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top