CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Minta Macam-macam Sebelum Putus Tunang, Paling Best Guna Duit Hantaran Untuk Kahwini Lelaki Lain

17-7-2023 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 830| Komen: 7

Seorang lelaki di Indonesia terpaksa berputih mata apabila duit hantaran belanja kahwin yang diberikan kepada bekas tunangnya digunakan wanita itu untuk mengahwini lelaki lain, lapor program berita Liputan6 hari ini.


Wanita di Indonesia tidak malu menggunakan duit hantaran belanja kahwin yang diberikan bekas tunangnya untuk menanggung kos mengahwini lelaki lain.


Twitter

Liputan6 melaporkan, kisah itu dikongsikan adik lelaki berkenaan dikenali sebagai Aulia di Twitter.

“Kahwin pakai duit sendiri (tanda pangkah), kahwin pakai duit bekas tunang (tanda betul). Abang saya tidak jadi berkahwin tetapi duit untuk kenduri belum dikembalikan oleh pihak perempuan. Sebaliknya, ia digunakan untuk berkahwin dengan lelaki lain,” demikian menurut hantaran Aulia.

Aulia berkata, pada Disember 2022, keluarganya memindahkan wang sebanyak 120 juta rupiah (RM36,397) kepada pihak perempuan untuk majlis perkahwinan.


Namun, pada Januari lalu, keluarga pihak perempuan membantah jika anak mereka dibawa pergi dari Garut, wilayah Jawa Barat (selepas berkahwin) selain turut meminta sebuah kereta sebagai hantaran perkahwinan.

Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan diketahui berlaku curang terhadap abang Aulia yang membawa kepada pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Keluarga perempuan ketika itu memberitahu bahawa mereka akan memulangkan wang yang telah dibayar kepada vendor-vendor majlis.

Namun sebenarnya, semua tempahan masih belum dibatalkan sehinggalah keluarga Aulia mendapat tahu bahawa wang tersebut digunakan untuk majlis perkahwinannya dengan lelaki lain.

Ujar Aulia, ketika keluarganya meminta kembali wang tersebut, pelbagai penghinaan diberi kepada mereka selain turut menyalahkan keluarga lelaki atas perkara yang berlaku.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Cuba buat laporan polis berhubung kes penipuan. Bukti dan saksi sudah ada. Mereka memang berniat menipu sejak awal. Jika mereka enggan memulangkan wang, bawa kes itu ke mahkamah biar mereka mendapat balasan setimpal,” kata seorang pengguna media sosial. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 17-7-2023 09:00 PM
Kejamnya.....semoga rumah tangga pompuan tu disondol
Quote Lolalala 17-7-2023 10:25 PM
Dimana keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Takkan sikit pun rasa malu tiada dalam diri tu?
Quote green~tea 17-7-2023 10:33 PM
Bodoh nya... hanya kerana secebis burit
Quote Zack8hunter 17-7-2023 11:33 PM
semoga laki yg dikahwini tu seekor biawak
Quote tikusmontok 17-7-2023 11:37 PM
Gitu perangai tine ndon
@Friska babu ndon ke bukak thread ni?? Ehh bukan
Quote Supersirap 18-7-2023 01:53 PM
Hidup ni janganlah sesekali menganiaya orang
Quote bbi25 26-7-2023 04:28 PM
that's why aku tak support some perempuan, bodoh je manjang.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.030362 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top