CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Suami Sebab Tak Puas Hati Kena Tengking Ketika Menyembang Di Telefon

17-7-2023 08:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 269| Komen: 4

Polis menahan wanita dipercayai menikam suaminya selepas bertengkar dengan mangsa pada minggu lalu di Kerala, India.

The Hindu semalammelaporkan, suspek dikenali sebagai Nisha didakwa menikam suaminya, Vinod Kalavarakkunnu di rumah mereka di bandar Thrissur pada 11 Julai lalu sebelum mangsa meninggal dunia di hospital.



Nisha mengaku membunuh Vinod selepas disoal siasat oleh polis. – Facebook

Menurut polis, pasangan suami isteri itu sering bertengkar sejak kebelakangan ini selepas Vinod curiga melihat gerak-geri isterinya yang sering berbual dengan seseorang menggunakan telefon bimbit.

Pada malam hari kejadian ketika Vinod pulang dari kerja, dia melihat Nisha sedang bercakap menggunakan telefon bimbit sebelum menjerit ke arahnya dan memusing tangan suspek untuk merampas peranti itu.

Nisha yang berang dengan tindakan suaminya lantas menikam mangsa menggunakan pisau.


Sejurus melihat suaminya cedera parah, Nisha menekan bahagian luka untuk mengawal pengaliran darah, namun tindakannya itu dipercayai telah menyebabkan pendarahan dalaman.

Dia kemudian membawa Vinod ke hospital sebelum lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya, namun Nisha memberitahu kakitangan hospital bahawa suaminya cedera kerana terjatuh ketika mereka bertengkar.

Dia kemudian cuba memusnahkan bukti kejadian dengan mencuci pisau yang digunakan untuk menikam Vinod serta turut mencuci pakaian lelaki itu yang dipenuhi kesan darah.

Meskipun pada awalnya menafikan membunuh suaminya, Nisha akhirnya mengaku melakukan jenayah  itu selepas disoal siasat oleh polis.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 18-7-2023 06:34 AM
India pun dh semakin naik carta berperangai pelik
Quote dua_chzy 18-7-2023 06:44 AM
Senyuman Nisha hada vibe badass.

Tengok muka Nisha. Tengok muka Vinod. Ko faham la kenapa Nisha tikam Vinod.
Quote KamikuP 18-7-2023 02:28 PM
Nisha bermuka jantan manakala Vinod berwajah pompuan gituh
Quote selipar_hijau 18-7-2023 02:31 PM
dua_chzy replied at 18-7-2023 06:44 AM
Senyuman Nisha hada vibe badass.

Tengok muka Nisha. Tengok muka Vinod. Ko faham la kenapa Nisha tik ...

Kan kaka.. nisha rules here . vinod tu whoareyus je di mata nisha

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.030181 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top