Penerbit A.Aida mengakui menyesal melepaskan 50 ekor burung merpati sempena pernikahan anak sulungnya yang berlangsung di 'resort' miliknya dua hari lalu. Kata pemilik nama sebenar Zaidah Awang, 53, kawasan itu kini dipenuhi najis haiwan berkenaan.
Burung yang dilepaskan itu tidak mahu terbang jauh dan masih berkeliaran di sekitar resort miliknya yang terletak di Janda Baik, Pahang. "Niat saya nak bebaskan burung itu dari terkurung, tak sangka pula bila dibebaskan dia tidak mahu pergi ke tempat lain. "Habis sekarang ini resort saya dipenuhi tahi burung. Burung-burung itu duduk di atas bumbung rumah saya," katanya kepada mStar. Pada Sabtu lalu, A. Aida melepaskan 50 ekor burung merpati sebagai simbolik penikahan anak sulungnya, Wan Az Aleesa dengan jejaka pilihan hati iaitu Zain Azrai Abdul Aziz. Kata A. Aida, pada awalnya dia mahu melepaskan 100 ekor burung, namun penjual hanya memiliki 50 ekor sahaja.
"Mulanya saya minta seratus ekor untuk burung merpati itu, tapi penjual kata dia ada 50 sahaja. Nasib baik juga sebenarnya. "Saya tak boleh bayang kalau ada seratus ekor yang tinggal di atas bumbung resort saya sekarang ini," ujarnya. Dalam pada itu, A. Aida memberitahu dia kini sedang berusaha menangkap semula burung merpati itu untuk dilepaskan di tempat lain. Meskipun ada pihak mencadangkan dia membela haiwan berkenaan, namun dia bimbang jika tidak mempunyai kesempatan untuk menjaga dengan baik. "Sekarang ini saya tengah cari orang untuk tangkap burung itu, siapa tangkap... kira dia punyalah. "Saya bukan tak nak bela... ada juga yang sarankan saya untuk bela supaya jadi tarikan tempat saya ini, tapi saya tak boleh buat macam itu sebab tak ada siapa nak bersihkan najis-najis burung itu nanti," kongsinya. Sumber: mStar
|
KucingBiru replied at 17-7-2023 08:39 PM
Merpati ni kalau kat Europe sana depa kata The flying rats.
Tahi burung merpati ni merosakkan prop ...
SalenaGomez replied at 17-7-2023 10:34 PM
Najis merpati pon actually bahaya juga
A.Aida either tangkap balik merpati ni atau panggil pest c ...
ADVERTISEMENT