View: 5183|Reply: 57
|
A. Aida Menyesal Lepaskan 50 Ekor Merpati, Kawasan Resort Kini Dipenuhi Tahi Burung
[Copy link]
|
|
Penerbit A.Aida mengakui menyesal melepaskan 50 ekor burung merpati sempena pernikahan anak sulungnya yang berlangsung di 'resort' miliknya dua hari lalu.
Kata pemilik nama sebenar Zaidah Awang, 53, kawasan itu kini dipenuhi najis haiwan berkenaan.
Burung yang dilepaskan itu tidak mahu terbang jauh dan masih berkeliaran di sekitar resort miliknya yang terletak di Janda Baik, Pahang.
"Niat saya nak bebaskan burung itu dari terkurung, tak sangka pula bila dibebaskan dia tidak mahu pergi ke tempat lain.
"Habis sekarang ini resort saya dipenuhi tahi burung. Burung-burung itu duduk di atas bumbung rumah saya," katanya kepada mStar.
Pada Sabtu lalu, A. Aida melepaskan 50 ekor burung merpati sebagai simbolik penikahan anak sulungnya, Wan Az Aleesa dengan jejaka pilihan hati iaitu Zain Azrai Abdul Aziz.
Kata A. Aida, pada awalnya dia mahu melepaskan 100 ekor burung, namun penjual hanya memiliki 50 ekor sahaja.
"Mulanya saya minta seratus ekor untuk burung merpati itu, tapi penjual kata dia ada 50 sahaja. Nasib baik juga sebenarnya.
"Saya tak boleh bayang kalau ada seratus ekor yang tinggal di atas bumbung resort saya sekarang ini," ujarnya.
Dalam pada itu, A. Aida memberitahu dia kini sedang berusaha menangkap semula burung merpati itu untuk dilepaskan di tempat lain.
Meskipun ada pihak mencadangkan dia membela haiwan berkenaan, namun dia bimbang jika tidak mempunyai kesempatan untuk menjaga dengan baik.
"Sekarang ini saya tengah cari orang untuk tangkap burung itu, siapa tangkap... kira dia punyalah.
"Saya bukan tak nak bela... ada juga yang sarankan saya untuk bela supaya jadi tarikan tempat saya ini, tapi saya tak boleh buat macam itu sebab tak ada siapa nak bersihkan najis-najis burung itu nanti," kongsinya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Merpati ni kalau kat Europe sana depa kata The flying rats.
Tahi burung merpati ni merosakkan properties. Sapa suruh pi lepas kat resort. Tau kat mat saleh mampuih depa gelak. Terbalik kuang |
|
|
|
|
|
|
|
Haha sebaik dia bgtau akibatnya, so next time xyah la nk buat org2 yg lain. Eksperimen la gitu. Aku pun xtau kesannya smpai gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nham22 at 19-7-2023 10:49 PM
Mcmane la depa nk terbang tinggi.. Dah lame sgt dok dlm sangkar... Depa pon gayat nk terbang |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan adanya kisah ni aku pun dapat la tambah ilmu baru pasal burung ni. Ok la bukan sekadar gossip or cerita kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat x fikir panjang. Burung merpati & burung gagak memang jenis x kisah duduk kat bangunan.. pastu berak merata. Kat taman2 rekreasi pon banyak
Aku menyampah betul orang yang lepaskan haiwan yg bukan dari habitat liar merata-rata. Ada je orang yg lepaskan kura-kura & ikan peliharaan dorang kat tasik2 taman perumahan.. xpasal2 over populate & merosakkan taman |
|
|
|
|
|
|
|
sebab ni merpati belaan... hidupnya duduk dalam sangkar je dan di bagi makan minum oleh tuan... maka dia setia la duduk dengan tuan di mana dia di lepaskan...
terbalik pulak dengan manusia... especially jantan gatal kaki pencurang... isteri lepaskan keluar dari rumah pun tak balik2 dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat taman ai,burung merpati ni dh mcm gagak.
Byk giler brtenggek kt wayar2 electrik.lepastu berak sana sini.tak romantik langsung nk lepaskan time kahwin.
Bukan ke ada trend yg lepaskan rama2.yg tu lg cantik & bersih |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahah kelakar plak
Merpati mmg degil sama mcm yg kat umah ni si merpati dua sejoli tu puas halau tetap gak nak berumahtangga kat tingkap umah pastu penuh najis.
Aku dah tak larat nk cuci dah, nak upah Rina Haron je sembur ngn waterjet |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah berapa tahun declare perang dgn merpati..siot laaa.. nak lepak lepak tido cukup laa..ni berak berak sepikul. Ingat rumah aku jamban ke...Jiran aku pulak tak reti reti nak halau... Biar je bertenggek siap kasi makan |
|
|
|
|
|
|
|
Hahhahahahahah hahahahhahahahahah xde komen lain..nak gelak je |
|
|
|
|
|
|
|
KucingBiru replied at 17-7-2023 08:39 PM
Merpati ni kalau kat Europe sana depa kata The flying rats.
Tahi burung merpati ni merosakkan prop ...
Najis merpati pon actually bahaya juga
A.Aida either tangkap balik merpati ni atau panggil pest control lah |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 17-7-2023 10:34 PM
Najis merpati pon actually bahaya juga
A.Aida either tangkap balik merpati ni atau panggil pest c ...
Betul boleh sebabkan radang otak atau bahasa saintifiknya meningitis… |
|
|
|
|
|
|
|
Upah je rina harun datang bersihkan dgn waterjet. Takyah testing2 lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni lawak |
|
|
|
|
|
|
|
Umpan dedak, tebar jala pastu sembelih.. buat merpati goreng berempah.. najis merpati ni bila dah kering dia jadi berdebu2 pastu kalau tiup angin habisla berterabur sana sini... Kalau kena confirm naik bintat gatal2 satu badan |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah contoh budak kelas belakang yang kaya. Buat sesuatu benda tak fikir. Dah lama orang tahu merpati ni bahaya dan memang menyusahkan najisnya. Orang hindu je rajin nak tabur dedak bagi makan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|