CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konon Dapat Pulangan RM28 Ribu Sebulan, Wanita Rugi RM672,491 Terpedaya Pelaburan Saham Di Facebook

17-7-2023 07:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1186| Komen: 15

JOHOR BAHRU - Terpedaya dengan tawaran pelaburan saham yang diiklankan melalui Facebook, seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM672,491.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa berusia 42 tahun itu telah ditawarkan pelaburan di dalam bursa saham oleh seorang suspek wanita warga tempatan.



Gambar Hiasan

"Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta dijanjikan akan memperoleh pulangan sebanyak RM28,000 setiap bulan.

"Di antara 30 Mei hingga 11 Julai lalu, mangsa telah membuat 14 transaksi pemindahan wang ke empat akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM672,491," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat mangsa di Balai Polis Kempas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika berurusan secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.


"Semak terlebih dahulu talian telefon dan akaun bank yang digunakan melalui aplikasi 'semak mule' yang disediakan secara atas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 17-7-2023 07:10 PM
cash la nokkkssss

dah 2023 uii.. masih bodoh lagi ke?
Quote rosedemon 18-7-2023 08:50 AM
bodoh lagi ka dah 2023  ni. mana a kome dpt duit byk2 g transfer tu
Quote midori888 18-7-2023 09:27 AM
Kitty_catz replied at 17-7-2023 07:10 PM
cash la nokkkssss

dah 2023 uii.. masih bodoh lagi ke?

Org tamak slalu rugi
Quote hareeeesah 18-7-2023 09:28 AM
Yg kena scam ni byk btul cash korg ek..
Quote Kitty_catz 18-7-2023 11:06 AM

kannnn   padahal peribahasa tu punya la dari zaman paleolitik
Quote Imkhai 18-7-2023 11:09 AM
Cash dh 6++ ribu masih lg hadap 28k bodoh nya alahai
Quote midori888 18-7-2023 11:09 AM
Kitty_catz replied at 18-7-2023 11:06 AM
kannnn   padahal peribahasa tu punya la dari zaman paleolitik

org tamak dari zaman berzaman tak berubah...
Quote LadyCarefree 18-7-2023 11:24 AM
Saham apa agaknya ni?
Quote KamikuP 18-7-2023 02:41 PM
Duit tak berkat kot tu yg jadi magsa scammer - kataku jujur
Quote johan-adx 18-7-2023 04:11 PM
hati2 ramai scammer skrg
baik pegi belajar asas teknikal dan belajar trade sndiri
rugi puas hati sendiri yg buat rugi
Quote BumpIQ 18-7-2023 04:19 PM
Mujur @Bipolajourney2 miskin dan asnaf serta penanti setia duit bantuan kerajaan. Jadi takde la simpanan untuk melabur pun kalau nak kena scam. Jual barang online pun tak laku. Wakakakaka
Quote ifanonline 18-7-2023 04:20 PM
hati2...scammer melayu semakin meningkat...samada naik dgn scammer cina dan nigerian
Quote chiyoasuka 31-7-2023 01:46 AM
skg dkt sabah femes dgn pelaburan emas.. Dah prnh viral kes scammer pelaburan emas ni di sabah.. skg timbul balik, itu pn msh byk gk yg melabur…
Quote mieyrasfea 11-8-2023 08:39 AM
baru kemarin aku tolong pakcik entah datang dari mana tolong withdraw saham AMarkets dia 86k. alhamdulillah dapat upah rm200 haha cuma tolong buka app saham tu je
Quote twins 11-8-2023 12:52 PM
ntah kenapa aku selalu terfikir kemungkinan dorang ni sebenarnya "mangsa pukau".. takkan mungkin sebodoh itu melepaskan duit beratus2 ribu pd org yg kita tak kenal.  kalau sekali transaction mungkin "tersilap" tp setengah tu lebih 10 kali transaksi..mcm mudah sngt melepaskan duit tu... aku mmg tak berani nak hencam dorang ni sbb kita tak tau esok lusa kot kita pulak "terpukau"...nauzubillah.....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.178233 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top