CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Nak Injak Usia 60 Tahun Tapi Tetap Kekal Cantik, Sheila Majid Dedah Rahsia Awet Muda

17-7-2023 07:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2876| Komen: 27

Lagi tiga tahun Datuk Sheila Majid bakal menginjak usia 60 tahun namun masih kekal cantik.

Antara tips yang dikongsikan

Foto: IG

  
1. Sentiasa bersenam
Sheila pernah mendedahkan beliau sentiasa bersenam walaupun pada usianya yang lebih separuh abad.
Ujarnya antara senaman yang diamalkan adalah larian di treadmill dan pilates.
  
2. Tiada sarapan pagi yang berat
Seterusnya, Sheila turut memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengambil makanan berat atau sarapan yang berlebihan.

Kebiasaannya, ibu kepada empat anak ini akan makan yogurt bersama secawan kopinya dan buah-buahan.


  
3. Amalkan makanan yang sihat bersama keluarga
Mahu sihat bersama keluarganya, Sheila menekankan pengambilan makanan sihat.

Ujarnya beliau sekeluarga tidak kerap dan amalkan minuman bergas, sebaliknya hanya minum air kosong dengan cukup untuk kesihatan mereka.

“Ibu saya adalah idola dalam banyak benda termasuklah dari segi penyediaan makanan berkhasiat dan bernutrisi.

"Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga. Hanya sekali sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”

  
4. Tak biarkan solekan terlalu lama di wajah
Untuk mengekalkan wajah sentiasa awet muda dan kurangkan tanda penuaan, Sheila mendedahkan beliau tidak akan membiarkan solekan di wajah berada terlalu lama.

Sekiranya habis sahaja kerjanya, beliau akan cuci dengan segera.

“Setiap hari saya amalkan rutin penjagaan kecantikan secara sederhana tetapi konsisten.

"Saya lakukan rawatan wajah di spa sebulan sekali kerana saya sering bersolek tebal untuk sesi fotografi dan pertunjukan.”

Antara produk yang Sheila titik beratkan setiap kali rutinnya adalah pelembap dan sunscreen kerana kedua-dua produk ini berkesan dalam memberikan kelembapan kulit yang berkesan dan melindungi kulit daripada kerosakan. -CARI

Sumber: Awani/ Rapi


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 17-7-2023 07:06 PM
anak² dia sorg pun xde ikut kecomelan dia
Quote Kancilkering 17-7-2023 08:07 PM
semua gi ke ayah…..
dia very the active in sports ….sprint pun not bad for a 60 years old woman…
Quote jas7512 17-7-2023 08:17 PM
Yg oenting jgn merokok dan minum arak...tdo ckp 7 or 8 jam stress free mestk awet muda punya
Quote sukacactus 17-7-2023 08:34 PM
Jaga mkn, jg rehat, jaga minda
Quote Nham22 17-7-2023 08:45 PM
Hidop senang takde toksik ok ler
Quote Incanto 17-7-2023 08:51 PM
jas7512 replied at 17-7-2023 08:17 PM
Yg oenting jgn merokok dan minum arak...tdo ckp 7 or 8 jam stress free mestk awet muda punya

sheols merokok

masa muda dulu lah....skrg dah stop kot
Quote dudaberhias 17-7-2023 09:03 PM
ok boleh la di klem awet muda sebab dah umo 60...
sebab ada yang umo 60 tapi suara dah serhoper mesin tebu... rhoper plak macam katak beracun macam acik yang simbah2 asid kat isu semasa tu...

Quote Zazama 17-7-2023 09:52 PM
Eksklusif. Sekali sekala muncul.
Quote rosedemon 18-7-2023 09:08 AM
xminat acah2 paling exclusive
Quote cantthinkofany 18-7-2023 09:19 AM
Nham22 replied at 17-7-2023 08:45 PM
Hidop senang takde toksik ok ler

ya betul......
Quote asamfish 18-7-2023 10:21 AM
also...di kawen dgn suami yang 5-6yrs younger than her, of course kena selaraskan gaya dan tenaga .
Quote rain2169 18-7-2023 01:11 PM
habis tu... dia mekaup bersolek kannn...
lawa lerrr....
Quote babelina 20-7-2023 11:01 AM
jas7512: Yg oenting jgn merokok dan minum arak...tdo ckp 7 or 8 jam stress free mestk awet muda punya

Setuju.. aku rasa klau aku x benti rokok sbb asma.. msti aku lg nmpk tua dlm usia aku skrg nie.. sebaik la dh benti.. syukur..
Quote NazRysha 20-7-2023 11:18 AM
ni baru betul awt muda
bukan mcm nenek kokdiang tu
berkedut habis
tapi perasan muda
Quote hyie 20-7-2023 11:23 AM
ekceli kalau zoom dedekat, nampak aje kedut kat muka sheols but still nampak lawa je. Sama macam acik sofia jane
Quote sayurmayur88 20-7-2023 11:43 AM
majoriti gen2 badan kecik macam dato shiela, amy mastura, etc mmg akan nampak muda banding usia...
Quote Kebabomb 20-7-2023 11:52 AM
Duit juga perlu untuk maintain kecantikan ye….tanpa duit Ko jaga lah macam mana pun tetap seperti Zaiton Samson
Quote Kebabomb 20-7-2023 11:53 AM
*Zaiton Sameon
Quote kkm123 20-7-2023 11:58 AM
maintain je dato'. harap saya seusia dato' nanti pun cantik macam dato' hehe

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043636 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top