CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Dibunuh Bapa Kandung Sendiri- Kaki Tangan Diikat, Mayat Disumbat Dalam Guni Dan Dicampak Di Sawah

17-7-2023 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1740| Komen: 11

Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan tragis, tubuh badannya disumbat dalam guni dalam keadaan kaki dan tangannya berikat, sebelum dicampakkan di kawasan sawah padi.

Tribunnews melaporkan, mayat Desy Lailatul Khoiriyah, 20, ditemui oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan mahu mencari rumput untuk kambing peliharaannya di kawasan sawah di Desa Bulu Pasar, Daerah Kediri, Jawa Timur, pada 6 Julai lalu.


Lebih mengejutkan, suspek yang disyaki melakukan pembunuhan kejam itu adalah bapa kandung mangsa sendiri yang dikenali sebagai Suprapto, 48 tahun.

Foto: Tribunnews

Menurut jurucakap polis, AKP Rizkika Atamdha Putra, suspek sudahpun berjaya ditahan di Tulungagung, pada Sabtu lalu.

"Buat masa ini, mengenai motif dan cara pelaku melakukan tindakan terhadap mangsa akan dimaklumkan lebih lanjut setelah siasatan terperinci dilakukan,"katanya.


Difahamkan, sehari sebelum mayat Desy ditemui, suspek bersama isterinya yang juga ibu mangsa, Sulastri, 47, mengunjungi rumah saudara mereka di Blitar.

Ibu mangsa bagaimanapun bermalam di sana manakala suspek pulang ke rumah mereka.

Keesokan harinya, suspek menjemput isterinya untuk pulang.

Wanita itu hairan kerana tidak menemui anak gadisnya, Desy, di rumah.

Suspek bagaimanapun berkata, Desy telah mendapat pekerjaan baru di kawasan daerah Lamongan, namun ibu mangsa meragui perkara tersebut.

Ini kerana anak gadisnya tidak pernah memberitahu tentang rancangan untuk bekerja di Lamongan.

Rasa tidak sedap hati Sulastri terjawab dengan berita penemuan mayat anak gadisnya pada hari yang sama.

Sulastri mulai curiga bahawa pelaku utama dalam kes pembunuhan itu ialah Suprapto, suaminya dan bapa kandung kepada anaknya sendiri.

Keterangannya kepada pihak polis mendorong kepada penangkapan lelaki tersebut.

Selain kaki dan tangan yang berikat, beberapa kesan lebam turut dikesan pada anggota badan mangsa. -CARI

Sumber: mStar/Tribunnews

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 17-7-2023 06:55 PM
Bapak nya rogol anak nya ke???
Quote rosedemon 18-7-2023 08:49 AM
rogol la tu takot kantoi dia p bunuh
Quote Atata 18-7-2023 10:22 AM
Kenapa suka cedol berita indon?!
Quote JunkMail 18-7-2023 11:26 AM
Atata replied at 18-7-2023 10:22 AM
Kenapa suka cedol berita indon?!

Maybe sebab nak counter attack babu friska suka up berita buruk buruk di ibu pertiwi? Gituuuu aku mengfitnoh...
Quote mdhelmi 18-7-2023 11:52 AM
Punca:
Si ayah jarang balik rumah, jarang bagi nafkah dan kasih sayang

motif 1 :
dendam sebab selalu kene maki dengan anak dan tak nak dengar cakap

motif 2:
anak tak nak berpisah dengan kekasih, tak nak dengar cakap, gaduh mulut

itu apa yang aku faham  KAT SINI
Quote liyamariska 18-7-2023 12:01 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

Quote Hypothetically 18-7-2023 12:06 PM
rosedemon replied at 18-7-2023 08:49 AM
rogol la tu takot kantoi dia p bunuh

Mmg ramai mangsa rogol kena bunuh sbb takut terkantoi identity, begitulah kejamnya manusia.
Quote Bedah.Cun 18-7-2023 02:35 PM
Negara babhoe friska neh memang teruk year? Patutlah hegeh nak ke lembah klang tue menambahkan kadar kebejatan sosial di negara orang
Quote KamikuP 18-7-2023 02:42 PM
Atata: Kenapa suka cedol berita indon?!


Karena wartawan cari boleh yaachh
Quote tikusmontok 18-7-2023 04:17 PM
Ehhh friska babu ndon ke bukak thread ni???

Oooo bukannnn
Quote chiyoasuka 31-7-2023 01:46 AM
kesiannya.. salam tkziahh

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.327908 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top