CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ Bimbang Media Luar Dah Buat Laporan Budak bawah 18 tahun Mudah Beli Vape Di Malaysia

17-7-2023 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 537| Komen: 3

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga ia menarik minat media antarabangsa menghasilkan satu laporan khas tentang isu itu.


Penjualan vape tanpa kawalan di Malaysia menarik minat media antarabangsa menghasilkan satu laporan khas membuat bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung isu itu.


FB

Beliau menerusi Twitter memberi reaksi mengenai laporan khas, Al Jazera dalam program berjudul, 101 East yang mempaparkan bukti produk itu mudah dibeli oleh kanak-kanak bawah 18 tahun.

Beliau menganggap Malaysia seolah-olah sudah memasuki era Wild Wild West selepas penjualan bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang.

Dalam laporan penyiasatan berkenaan krew Al Jazera dilaporkan mengunjungi enam buah kedai menjual vape di ibu negara.


Laporan itu menyebut, tiada satu kedai yang meminta kad pengenalan bagi pengesahan umur walaupun terdapat notis yang memaparkan bahan itu hanya boleh dibeli pada usia 18 tahun ke atas.



Khairy turut memohon maaf kerana penjualan vape tanpa kawalan sehingga orang ramai, terutama ibu bapa terpaksa berhadapan dengan situasi seperti itu.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 17-7-2023 06:16 PM
Malezia patut bangga la abang...malezia apa pung vole la...tada pichaya...tanya asing worang la...sini apa pung vole buat la-asing worang la
Quote terma2nkondisi2 17-7-2023 10:16 PM
aku kekadang pelik dgn acik2 porem bincang pasal politik

tred topik mcm ni yg sesuai dibincangkan pasal tugas politikus2 di parlimen.. tapi yg hangat adalah tred2 politik yg penuh dgn permainan sentimen

pasal vape ni, aku pelik dgn menteri/kementerian kesihatan buat keputusan yg mcm dlm berita2 ni

KKM sahkan dalam proses keluarkan nikotin daripada Akta Racun

KKM nafi langkah keluar nikotin dalam Akta Racun memperjudi kesihatan kanak-kanak

Money first, health later?

ni ada dokumentari menarik daripada cna berkenaan industri vape yg tengah booming di asia tenggara

[youtube]HNpyrrpbR4c[/youtube]
Quote sharlenetexas 17-7-2023 10:22 PM
Vape di tangan kananmu
Rokok di tangan kirimu.



Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.040128 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top