Tular mengenai bayi berusia kurang dua bulan yang tangannya bengkak dipercayai akibat kecuaian pihak hospital. Mohamad Izwan menerusi hantaran di Facebook mendakwa anak buahnya itu dihantar ke hospital kerana penyakit Cacar Air atau Chicken Pox.
Bagaimanapun, bayi malang itu terpaksa dibedah untuk membuang nanah di bahagian tangannya yang membengkak itu. "Hospital punya kerja. Terbaik sangat. Mana korang belajar ye?? sampai boleh bengkak tangan baby…?? "Sebelum benda tu membesar, tak kan tak nampak? tak pantau ke?? ke ada yang nak di sembunyi kan?? takut nak bagi tahu parents dari awal ke macam mana?" ujarnya. Tambahnya, pihak hospital menafikan menafikan punca tangan bayi itu membengkak kerana jarum, sebaliknya mendakwa ia disebabkan cacar air dihidapinya. Bagaimanapun, tinjauan ke Facebook lelaki itu mendapati hantaran berkenaan sudah dipadam.
Sumber: BeautifulNara
|
acikonion replied at 17-7-2023 10:35 PM
Mcm makin bnyk ye komplen2 psl klinik or hosp skg ni
ADVERTISEMENT