Ernie Zakri belum ada rancangan nak tambah anal sebaliknya memberikan fokus bagi membesarkan Nur Khawla Soleha yang kini sudah berusia 17 bulan. Menyerahkan kepada rezeki, Ernie juga ingin kembali fokus kepada kerjaya nyanyian memandangkan dia pernah berehat dalam tempoh yang lama selepas bersalin.
"Apa pun semuanya adalah rezeki kerana kalau saya kata tak bersedia… tup tup. Apa yang saya boleh katakan saya nak tengok Khawla membesar terlebih dahulu sebab dia sangat manja. "Apatah lagi, kerjaya saya pun baru bermula semula, sebelum saya berpantang agak lama lebih kurang enam bulan. Masa mengandung pun saya tak bekerja sangat. "Jadi, saya dan Syamel ambil keputusan untuk membesarkan Khawla terlebih dahulu. Kalau ada rezeki tu ada dan saya tidak menolak," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT