CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasmin Suraya Menyesal Ikuti Latihan Bomba, "Takut Kulit Terbakar, Jatuh Tempat Tinggi Atau Tak Boleh Jalan"

17-7-2023 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 801| Komen: 4

Jasmin Suraya kerap terlibat dengan filem yang melibatkan anggota unit beruniform dan mengakui bahawa latihan ketenteraan yang melibatkan badan anggota Bomba dan Penyelamat lebih sukar berbanding anggota tentera yang lain.


Menurut Jasmin, dia tidak sangka bahawa latihan ketenteraan yang melibatkan anggota bomba lebih sukar daripada apa yang dilihatnya selama ini.

Foto: IG

“Lepas saya join latihan bomba ni, baru saya tahu sebenarnya lagi sukar dari askar sebab askar mencabar dari segi fizikal. Tapi bomba melibatkan berat, panas dan fizikal.

“Bomba kena pakai baju yang tahan panas setinggi 800 darjah celcius dan berat sebab kena angkut pelbagai peralatan ketika kebakaran.

“Bayangkan kena angkut barang-barang sambil berlari ke tempat kebakaran, kalau kena naik tingkat 30 sampai sanalah kena angkut semua tu. Jadi saya rasa bomba lagi susah dari polis,” katanya seperti dipetik di XTRA.



Mengakui menyesal untuk terlibat dalam latihan fizikal anggota bomba, Jasmin bagaimana pun berpuas hati kerana berjaya mengharungi segala cabaran dengan baik.

Malah, dia turut berasa gembira kerana mempunyai bentuk badan yang ideal selepas tamat latihan.


“Mula-mula saya menyesal sebab saya terfikir kalau kemalangan berlaku, kulit kita terbakar ke jatuh kat tempat tinggi ke dan tak boleh jalan. Saya takut sangat. Orang mampu minta maaf dan beri pampasan bila kemalangan berlaku.

“Tapi bila dah join saya rasa sebagai pengajaran untuk saya, saya rasa lebih yakin yang saya boleh buat semua benda yang susah tu.

“Dia bagi saya rutin yang sangat bagus untuk jaga badan dan sebagainya. Lepas dapat bentuk badan yang cantik ni, saya kena terus jaga sebab rasa diri kita seksi sikitlah." -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-7-2023 06:57 PM
ok lah tu dapat jugak pengalaman merasa latihan...
free kot untuk variety shows tu...

kalau nak harap diri sendiri hujung2 paling dekat dengan pengalaman bomba lalui pun menahan percikan minyak masa goreng ikan...

Quote wirazam 17-7-2023 07:54 PM
Muka minah ni ada sikit skit iras Janna nick...esok lusa kalau nak kawin jgn lupa ambik Mua Siam ye
Quote I.K.A888990 18-7-2023 12:56 AM
ingatkan show ni start semalam
gigih la tunggu hahah
Quote rosedemon 18-7-2023 09:06 AM
sukati ko la dekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054377 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top