CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pulangkan RM1,000, Keluarga Tunggu Lagi RM29,000 'Wang Terbang' Dipulangkan

17-7-2023 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1879| Komen: 24

Seorang wanita memulangkan semula RM1,000 kepada keluarga mangsa yang keciciran wang yang terjatuh dari kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di sini, minggu lalu.

Wan Mastura Wan Leh, 26, kakak kepada Wan Ibrahim Wan Leh, 24, yang tercicir duit berkenaan berkata, seorang wanita memulangkan jumlah berkenaan kepada ahli keluarga mereka pagi tadi.


BH Online/Harian Metro

"Kami tidak sempat memberi sedikit saguhati atas kejujurannya memulangkan semula duit itu kerana dia tergesa-gesa beredar.

"Kami harap lebih ramai tampil memulangkan semula duit tidak kira berapa jumlahnya untuk menampung kerugian dialami adik," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mastura berkata, keadaan adiknya bertambah baik dan sudah keluar bekerja menggunting rambut sejak malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian Rabu lalu, Wan Ibrahim kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletak atas but keretanya terjatuh di jalan kira-kira jam 11 pagi.


Mangsa dikatakan terlupa ada meletakkan beg berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang itu.

Beg itu diletak but ketika Wan Ibrahim membersihkan kereta tetapi terlupa mengambilnya dan hanya tersedar beg berkenaan terjatuh sebaik tiba di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, lalu berpatah balik ke tempat kejadian.

Kejadian turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis kedai berhampiran.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bonggo 17-7-2023 07:22 PM
Kalau rm60k yang dpt balik rm30k maknanya tahap kejujuran rakyat malaysia ni 50% je. Dalam 2 org 1 org yg x jujur jadi berhati2 lah dlm mempercayai org lain
Quote Mulotkoyak 17-7-2023 08:07 PM
bonggo: Kalau rm60k yang dpt balik rm3 ...
hahaha bgus statistic itu... Kih3. Senang koje ahli perangka
Quote green~tea 17-7-2023 08:41 PM
bonggo replied at 17-7-2023 07:22 PM
Kalau rm60k yang dpt balik rm30k maknanya tahap kejujuran rakyat malaysia ni 50% je. Dalam 2 org 1 o ...

Total 60k dia ada.. tp 30k cicir.. 30k masih ada dekat dia.. now dah pulang 1k.. balance 29k


So tahap kejujuran cuma 3.3% sajork sbb yg hilang 30k je
Quote akusukaq 18-7-2023 11:48 AM
Kalu yg ambik tu  umat Nabi Muhammad,kira ruh korang tergantung gantung la kat pintu neraka tak layak nak tembus pintu shorga sbb terhutang khen....
Quote ally9970 18-7-2023 02:16 PM
bonggo replied at 17-7-2023 07:22 PM
Kalau rm60k yang dpt balik rm30k maknanya tahap kejujuran rakyat malaysia ni 50% je. Dalam 2 org 1 o ...

Untunglah dia... dari 60k yg hilang 30k. Kalau dapat 60k, tahap kejujuran rakyat Malaysia ni melebiihi 100%
Quote venom1 18-7-2023 02:18 PM
wah..jadi trend statistik pulak berita ni hehe
Quote Atata 18-7-2023 02:28 PM
Baki lagi 29k tu orang dah pakai utk renovate rumah dia, or extend dapo, or tukar bumbung
Quote supernaturalee 18-7-2023 04:37 PM
ada statistik plot twist tak???





Quote FOTHER-MUCKER 18-7-2023 05:54 PM
Sesiapa yang tidak memulangkan tu memang berhati batu.
Quote ultra78 18-7-2023 06:12 PM
Campur la statistik berapa ramai kaum melayu di kawasan tersebut
Quote nirose 18-7-2023 06:20 PM
Kesiannya duit dah kumpul lama.. kalau aku pegang cash 2-3k je pun kejap2 nak cek. Ni pulak kalau ada 60k rasa ku peluk beg tu tak lepas.
Quote tripleid 18-7-2023 06:22 PM
Amboi kemain penampakan bendera bulan segenap penjuru alam...yg curi duit tu semestinya sek2 yg pangkah parti lebai tu jugak prn nih
Quote asfaz 18-7-2023 06:31 PM
setengah org ada pikiran ,aku yg jumpa ,so duit aku akulah.
Walhal ahli keluarga owner dah warwarkan duit tu cicir kat mana. Sesapa yg jumpa kat tempat tu pergi la pulangkan balik sb dah tau sape tuan punya duit .
Quote tikusmontok 18-7-2023 08:43 PM
Atata replied at 18-7-2023 02:28 PM
Baki lagi 29k tu orang dah pakai utk renovate rumah dia, or extend dapo, or tukar bumbung

Silap2 acik2 buat modal beli gelang baru
Quote CiliPadiSedap 18-7-2023 08:52 PM
tikusmontok replied at 18-7-2023 08:43 PM
Silap2 acik2 buat modal beli gelang baru

rasanya yang ni berlaku
Quote dua_chzy 18-7-2023 09:17 PM
Malangnya negara ini bukan Jepon.
Quote mejaputih 18-7-2023 10:38 PM
ultra78 replied at 18-7-2023 06:12 PM
Campur la statistik berapa ramai kaum melayu di kawasan tersebut

Almost 100% rasanya.
Quote akies 18-7-2023 10:51 PM
Dh selamat berbelanja.
Mana nak pulangkan balik.
Huhu
Quote hyie 19-7-2023 12:30 AM
perlu ke? patutnya awal2 ko dah nampak tu bukan duit ko, kutip dan serahkan la kat ketua kampung ke polis ke apa, dasar goblok.

See? selalu ummah kecam ahlul politaik songlap duit rakyat, sekarang? bila duit ada depan mata, kau pun 2x5 je macam yang kau kata tu. SOOOO???? takda beza pon kan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.060392 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top