CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nana, Bunga Gembira Kolaborasi Amaran Menjadi

17-7-2023 04:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 419| Komen: 3

Nyata gandingan penyanyi popular, Siti Nordiana, 39, bersama bakat baharu, Bunga, 23 menerusi lagu Amaran membuahkan hasil apabila membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.


Bagi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia menganggap kolaborasi bersama Bunga adalah satu pilihan tepat, malah bersedia bila-bila masa sekiranya peluang itu muncul sekali lagi.


"Saya bersyukur gandingan dengan Bunga menjadi. Saya sangat teruja dan gembira apabila berpeluang berkolaborasi dengan penyanyi pelapis kerana dia adalah seorang penyanyi muda berbakat besar.

"Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya memang tidak teragak-agak untuk meneruskannya," katanya kepada BH Online.

Ditanya peluang memenangi kategori berkenaan, Bunga berkata, tiada yang mustahil memandangkan Nana mempunyai pengaruh dan kelompok peminat yang ramai.


"Saya sangat yakin lagu Amaran ini boleh menang, ditambah pula saya menyanyikannya bersama Nana, jadi saya memang tumpang tuah.

"Seperti semua tahu, peminat Nana memberi sokongan dalam pelbagai aspek," katanya.

Menerusi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, ABPBH 35, Nana dan

Bunga bersaing bersama Ernia Zakri dan Syamel; Nuha Bahrin dan Naufal Azrin; Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi serta Dolla.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-7-2023 07:06 PM
masalahnya apa yang menjadi tu?

hauk lagu tu nyahhh...

dalam mv kejap nak jadi hindu langkasuka.. kejap nak rap ala2 black american...

bunga tu pun kalau rap dalam recording je sedap dengan autotune semua tu bagai... tapi bila live baik letak mesin tebu je... lagi sedap bunyi mesin tebu tu rap...

Quote acikonion 18-7-2023 06:53 AM
Yo lah...apo apo jo la
Quote Kuehraya 18-7-2023 08:25 AM
dudaberhias replied at 17-7-2023 07:06 PM
masalahnya apa yang menjadi tu?

hauk lagu tu nyahhh...

Hahaha hadoi... Mesin tebu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052851 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top