Baru sahaja diuji terpaksa membuang lebih 400 bekas crepe akibat peti sejuk tiba-tiba tidak berfungsi, namun ujian buat usahawan yang menjual crepe di Pulau Pinang ini tidak terhenti di situ.
Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra mendedahkan dia dan staf lain mengalami kejadian pelik dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang ketika melakukan business tour. Katanya, rumah penginapan mengalami masalah elektrik, namun anehnya mereka mendengar bunyi aliran penghawa dingin. Malah, Kieda yang sudah ternampak sesuatu mula tidak sedap hati dan membawa semua pekerja pergi dari situ. Bagaimanapun, ketika mahu keluar ke jalan utama, mereka sempat sesat dan seorang stafnya tiba-tiba menangis tanpa suara.
Kieda yang sudah mula tidak sedap badan juga merasakan suasana semakin tegang. Suaminya kemudian menghubungi seorang ustaz untuk meminta bantuan. Menurutnya, Kieda juga 'dijangkiti' histeria apabila dia terikut menangis apabila mencuba untuk menenangkan stafnya itu. Difahamkan, mereka sebenarnya terserempak dengan sekumpulan individu sedang berjalan di jalan gelap ketika dalam perjalanan pergi ke hotel lain. Silapnya, seorang pekerja Kieda telah menegur “Awat ramai sangat ni”. Sepanjang mengadakan tour, pengalaman ini adalah yang paling meremangkan bulu roma mereka semua. Sumber: Kisah Dunia
|
caprut replied at 17-7-2023 05:15 PM
Kau dgn kawan ko faiz pondan dgn nusi mb kedah sama hingaq
ipanimanz1 replied at 17-7-2023 09:26 PM
Dia org penang ye,bukan kedah. Main sebat saja org ckp utara,teruih claim kedah
Shayang replied at 17-7-2023 10:35 PM
Tak rasa bersalah ke org yg jual
Mknn manis2 merosakkan tubuh ni ye?
Gula putih tu dah patut diharam ...
Shayang replied at 17-7-2023 02:35 PM
Tak rasa bersalah ke org yg jual
Mknn manis2 merosakkan tubuh ni ye?
Gula putih tu dah patut diharam ...
ADVERTISEMENT