CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kalau Kalah Saya Tetap Bersyukur – Bell Ngasri

17-7-2023 04:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1045| Komen: 5

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri tetap bersyukur sekiranya namanya gagal dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) seperti yang didambakan rakyat Malaysia.

Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa berkata, dia terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya berada dalam senarai lima terbaik Artis Komedi Popular ABP.



“Saya pun tak sangka kerana tak pernah minta sampai berada pada tahap ini. Alhamdulillah, jika rezeki saya bersyukur, kalau tiada rezeki atau kalah tetap bersyukur. Kalah ini sudah selalu.

“Sejak saya mula berlakon 37 tahun lalu, belum pernah tersenarai dalam lima terbaik. Sebab itu, saya tak tahu nak buat apa, sekarang baru belajar hendak pergi ABP,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, Bell juga berharap orang ramai turut memberikan sokongan terhadap pelakon lain yang lebih banyak berjasa dalam bidang lakonan.


“Apa yang rakyat Malaysia berikan, saya juga berharap sokongan sama diberikan kepada selebriti dan pengkarya lain yang lebih lama dan otai dalam bidang seni,” katanya.

Menerusi kategori Artis Komedi Popular, Bell berentap dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Nama Bell juga muncul sebagai 10 artis meraih undian tertinggi ABP termasuk Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqen dan Siti Nordiana.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 17-7-2023 08:12 PM
Edited by Mulotkoyak at 17-7-2023 12:13 PM

Dlm senarai tertinggi tu pun kita dh boleh agak siapa juara bagi setiap kategori.
Bell-Artis Komedi
Aina Abdul-Penyanyi Wanita
Amir Masdi-Penyanyi Lelaki
Anna Jobling-Pelakon Wanita atau Baru
Merqeen-Pelakon Lelaki
Siti Nordiana-mesti BBNU Wanita

Ak agak lah... So yg lain dh boleh kambus hidup-hidup di kuburan. Xyah membazir la nk berharap dtg dh...
Quote addamnor 17-7-2023 08:57 PM
Sejak bila kau tak pernah tersenarai lima yang terbaik.. anugerah skrin elok jah kah sapu tru cerita paie..
perktaan sebenar adalah lima terpaling popular.. which is irrelevant pun skarang ABP. kalau era 90an & 2000an dahulu yes.. semua retis hadap nak menang terpaling popular.
Quote zarulnazmi 18-7-2023 09:13 AM
sayanglah kalau bell tak menang. dia dah janji nak belanja lunch bulan Ramadhan nanti.
Quote marchikobonzo 18-7-2023 01:33 PM
Alhamdulllah. Semoga barkoba menang! Yak yak yey!!!
Quote sangbara2020 18-7-2023 03:44 PM
aku sokong bell sebanyak yg boleh hokeh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.082908 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top