Laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram Ocean Gate, pemilik kapal selam yang meletup berhampiran kapal Titanic tempoh hari nampaknya sudah ‘hilang dari radar’. Laman sesawangnya juga telah ditutup dan tidak boleh diakses, tidak pasti sejak bila.
Ianya gelap dan hanya ada satu notifikasi yang memberitahu pengguna bahawa mereka ‘telah menangguhkan semua operasi eksplorasi dan komersial’. Sebelum ini, kapal selam OceanGate, Titan telah hilang apabila ia melawat lokasi bangkai Titanic yang terletak hampir empat kilometer (km) di bawah permukaan lautan dan 644 km dari pantai Newfoundland, Kanada. OceanGate Expeditions mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1,168,250) untuk tiket tempat duduk menaiki kapal selam pelancongan tersebut. Namun, OceanGate tetap menggunakan Titan walaupun bekas pengarah operasi marin syarikat tersebut telah menimbulkan kebimbangan mengenai reka bentuk Titan.
Menurut laporan, 5 orang individu turut serta dalam pengembaraan tersebut. Antaranya ialah seorang hartawan dan pengembara warga British, Hamish Harding. Selain itu, pelayaran tersebut turut disertai seorang ahli perniagaan warga Pakistan, Shahzada Dawood serta anaknya, Suleman. Turu serta, seorang pengembara warga Perancis berusia 77 tahun, Paul-Henri Nargeolet dan juga pengasas dan CEO OceanGate sendiri, Stockton Rush. Selepas beberapa hari kehilangannya, pengemudi dan empat penumpang kapal selam persiaran Titan yang hilang dipercayai maut, lapor agensi berita (dpa) Jerman. -CARI Sumber: Lobak Merah
|
alesandra replied at 17-7-2023 04:24 PM
Mati lahh ...amrika dah jadi north korea
ADVERTISEMENT