CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelakon Iran Ditahan Ketika 'Live' Di Rumah Kerana Kritik Syarat Pemakaian Hijab

17-7-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 287| Komen: 0

Seorang pelakon ditahan di Iran di kediamannya di Tehran ketika membuat rakaman langsung di media sosial, lapor agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut Agensi Berita Tasnim pada Ahad, penahanan itu dibuat dengan bantuan anggota bomba berikutan tindakannya mengkritik penguatkuasaan ketat pemakaian hijab dalam kalangan wanita.



Gazete Duvar

Video yang dimuat naik di Twitter menunjukkan pegawai memasuki rumah Mohamad Sadeghi semasa pelakon itu sedang membuat rakaman langsung di media sosial.

Terdahulu, pelakon itu menyiarkan video mengkritik tindakan keras kerajaan Iran terhadap wanita yang tidak mematuhi kod berpakaian.



Pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengumumkan polis akan menjalankan rondaan di seluruh negara untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan itu.

Undang-undang turut memperuntukkan hukuman lebih berat kepada mereka yang ingkar.

Pada musim luruh 2022, protes besar-besaran terhadap kepimpinan politik dan agama negara itu tercetus susulan kematian Mahsa Amini, yang meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan kerana melanggar kod berpakaian.



Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.039677 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top