Peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa menerusi hantaran di TikTok membuat pendedahan mengejutkan mengenai kes yang dikendalikannya berhubung seorang wanita yang bergilir melayani dua suami pada waktu siang dan malam.
“Isteri dua suami, kisah benar kendalian saya sendiri. Suami pertama berkahwin di Siam tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa. “Siang isteri ke rumah suami pertama, alasan keluar kerja kepada bapanya. Bila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya. “Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan,” katanya pada hantaran tersebut baru-baru ini. Menjawab soalan daripada salah seorang pengguna TikTok, beliau berkata, kes berkenaan telah selesai apabila wanita itu mengikut pilihan bapanya. “Dah selesai, isteri ikut pilihan bapa pilih kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE
|
AbukRokok replied at 17-7-2023 09:54 AM
Amende ni ?
SKMM replied at 17-7-2023 05:36 PM
noor2 replied at 17-7-2023 05:18 PM
Kejap..dia bukan kawin serentak masa yg sama kan..tentu dia kawin yg kat Malaysia ni suami pertama.. ...
krustykrab replied at 17-7-2023 06:32 PM
Ni dh knp pulak?
Skmm asli ke pelesu nih?
CiliPadiSedap replied at 17-7-2023 06:37 PM
palsu. rasanya musim gaduh bipolar journey dah habis. musim gaduh forumer dengan momode kut? ...
ADVERTISEMENT