CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori 3 Tan Maut Kemalangan Bertembung Dengan Lori 40 Tan

17-7-2023 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 364| Komen: 2

KULAI – Seorang pemandu maut, kelindan cedera selepas lori tiga tan dipandunya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori 40 tan di Kilometer 29, Lebuh Raya Utara Selatan, Kulai.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Pegawai Bomba Kanan II, Jamaluddin Jemaat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.23 pagi.


Sehubungan itu katanya, seramai tujuh anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.


Foto: Kosmo

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kemalangan membantu dua buah kenderaan iaitu sebuah lori 40 tan yang membawa muatan simen bertembung dengan sebuah lori 3 tan membawa muatan sabun.

“Ekoran kemalangan tersebut, pemandu lori tiga tan maut dilokasi kejadian, manakala kelindannya serta pemandu lori 40 tan cedera dalam kemalangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Tambah Jamaluddin, anggota kemudian bertindak mengeluarkan semua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum mangsa maut diserah kepada polis, manakala mangsa cedera dihantar ke hospital.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada pukul 9.55 pagi,” tambahnya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-7-2023 08:46 AM
semoga sorga tempatnya. alfatihah dibaca2x
Quote sangbara2020 18-7-2023 11:52 AM
mesti kelindan tu terkedu driver maut...kehidupan ni penuh dgn hal diluar jangkaan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.073186 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top