CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Baju Biru, Curly Hair, Orang Kelantan Ke Ni?" Ustaz Wadi Annuar Dipuji Tenang Kendali Situasi Kanak-Kanak Hilang Ketika Beri Ceramah

17-7-2023 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 874| Komen: 2

Ustaz Wadi Annuar meraih perhatian ramai selepas melihat tindakannya mengendalikan situasi kanak-kanak hilang ketika beri ceramah.

Dalam satu video, Ustaz Wadi telah dikhabarkan oleh seseorang bahawa ada kanak-kanak yang hilang dari pengawasan ibu bapanya sewaktu sesi ceramah dijalankan di sebuah masjid.


Tetap tenang mengendalikan situasi tersebut, penceramah itu terus membuat pengumuman kepada jemaah yang hadir.


“Ini bukan jejak kasih, ini hilang. Siapa ni? Adik nama apa? Ni anak siapa? Tolong tengok sikit. Baju biru, curly hair. Orang Kelantan ke ni? Kesian adik ni. Siapa mak dia? Boleh jumpa di bilik Imam.

“Iklan ramai sangat. Ayah pun khusyuk dengar ceramah sedar-sedar anak tak dak. Tolong tengok anak tu,” katanya.


Kagum dengan cara penceramah itu menenangkan situasi, seluruh jemaah masjid tersebut terhibur dengan gelagat Ustaz Wadi yang kekal santai dan tenang.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Malah, ada juga yang suka melihat kelembutan Ustaz Wadi melayani kanak-kanak yang bersamanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 17-7-2023 05:45 PM
Marketing sbb dh makin sendu.
Quote rosedemon 18-7-2023 08:45 AM
lahhhhh sooo nak puji apa ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.042141 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top