CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Kedai Makan Terkena Ilmu Hitam- Pekerja Semua Sakit, Nampak Benda Hitam Berlegar, Bila Budak Masuk Pandang Atas Terus Menangis

17-7-2023 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 801| Komen: 3

Seorang pengusaha kedai makan, Ashry berkongsi pengalaman terkena gangguan sihir atau ilmu hitam. 

Katanya pekerjanya turut menerima tempias daripada gangguan tersebut.

"Sebenarnya tak suka post benda macam ni tapi ni dah kali kedua. Kali pertama staff jadi huru hara sakit teruk, dalam kedai ada budak hitam berlegar legar, bila customer masuk bawak budak, budak pandang atas terus menangis tanpa henti dan keluarga pun terus keluar," kongsinya di Instagram.


Foto: IG

Menurut Ashry, kejadian pertama berlaku pada bulan November tahun lalu apabila semua pekerjanya mengalami sakit yang teruk. Bukan itu sahaja, mereka turut melihat kelibat hitam berlegar-legar di dalam kedai. Lebih teruk, pelanggan yang membawa anak kecil terpaksa membatalkan hasrat untuk makan di kedainya.

Berikutan daripada itu, Ashry berkata dengan izin Allah mereka semua sudah sembuh.


"Berlaku pada tahun lepas november dan saya tak pernah buka dekat sesiapa kecuali kawan rapat."



Terbaru, Ashry berkata dia dan pekerjanya masih terkena gangguan tersebut.

"Ni pulak ada lagi hanya Allah je tahu luruhnya perasaan aku. Hanya Allah tempat aku bergantung untuk dijauhkan dengan perkara syirik ni. Jika ini satu ancaman, aku berdoa perbuatan ini terbatal dan dijauhkan dari aku dan team aku.

"Aku hanya menumpang rezeki padamu ya Allah. i have worked really hard to get where i am today. Success is never easy but i never give up! Doakan aku kuat!"-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-7-2023 08:44 AM
mistik sgat neth2 makanan engko mmg xsdap kot
Quote chiyoasuka 31-7-2023 12:50 AM
xtakut ke yg guna2 sihir ni…
Quote edayildiz 31-7-2023 12:54 AM
seramm la..
tp kt ofis i kitorg syak ada super senior yg dh kerja tmpt kerja kitorg ni dh 20 thn kerja..tp dia tu biadap sikit..dan i nmpk boss boss lembut sgt ckp ngn dia..so i ngn kwn kwn i speku dia ada ilmu..dia dh la suka masak masak..huhu tp mkn jgk..pdhl dah janji xnk mkn

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.518989 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top