Kuala Lumpur: Syarikat jam tangan Swatch memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan dan Menteri Dalam Negeri bagi mencabar tindakan merampas 172 jam tangan termasuk siri 'Pride Collection' pada Mei lalu.
Permohonan itu difailkan pada 24 Jun menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates dengan menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat. Dalam permohonannya, Swatch mendakwa penyitaan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah "penerbitan" yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.
Menurutnya, berdasarkan akta itu istilah penerbitan merujuk kepada untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak. Pemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar, mengambil kira pilihan raya Dewan Undangan Negeri akan datang di beberapa negeri penting. Ia mendakwa menteri sedang mencari pengiktirafan Islam bagi tujuan politik. Pemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan tentang keamanan dan cinta. Katanya, jam tangan dari reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan. "Lapan daripada sembilan reka bentuk jam tangan tidak secara nyata menunjukkan sebarang petunjuk berkaitan dengan Pride atau pergerakan serupa. "Mana-mana orang biasa, tidak akan menganggapnya sebagai memiliki apa-apa maksud khusus. Namun responden melayan segala jam dalam cara sama, tanpa membuat perbezaan berdasarkan pelbagai rekaan yang dimiliki atau tarikh ia hadir di pasaran," katanya. Susulan itu, pemohon menuntut satu perintah certiorari dan mandamus untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan serta ganti rugi yang dianggarkan RM64,795. Hakim Amarjeet Singh akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 20 Julai ini. Mei lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Serbuan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei itu diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah. Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching. Sumber: Kosmo! Online
|
shernazz: Disebabkan.pride neh iols tak ...
airfilterkotor replied at 17-7-2023 01:59 PM
Dalam website kau pun ada promosi tulis mende ni:
LOVE IS LOVE
plywood replied at 17-7-2023 06:37 PM
aku rasa susah juga nak interpret apa yang dia tulis itu adalah ditujukan kepada maksud lgbt. equa ...
Pemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan tentang keamanan dan cinta.
Katanya, jam tangan dari reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan.
"Lapan daripada sembilan reka bentuk jam tangan tidak secara nyata menunjukkan sebarang petunjuk berkaitan dengan Pride atau pergerakan serupa."
LOVE IS LOVE
This year, we are celebrating Pride with a vivid collection of watches inspired by the iconic Pride flag. Each watch appears in one of the bold colors that make up the flag and features a symmetrical seconds hand symbolizing equality. Two rainbow loops bring the colors together to celebrate the unity and diversity that make our society – and Swatch – so strong.
airfilterkotor replied at 17-7-2023 07:38 PM
Teras konsep depa adalah 'Pride'.
Tapi bawah ni depa snirik konar baring dok kata:
mamajawie replied at 17-7-2023 03:34 PM
bodoh la company swatch ni..smoga dorang kalah kes..takbir!!
airfilterkotor replied at 17-7-2023 07:38 PM
Teras konsep depa adalah 'Pride'.
Tapi bawah ni depa snirik konar baring dok kata:
plywood replied at 17-7-2023 08:35 PM
pointnya, ayatnya tak tunjuk dengan jelas maka orang terpaksa terjemah sendiri. .. even perkataan ...
Decaffeinated replied at 17-7-2023 08:52 PM
Dia tak nafi it's about pride movement tapi bukan promote seks as in mari meliwat dengan gembira b ...
ADVERTISEMENT